Wadah PELANCAR Edisi September 2018

» YBhg. Dato’ Kamarudin Ismail, Timbalan Presiden ANGKASA merangkap bendahari ACO menyampaikan cenderahati kepada Dr. Aladdin D. Rillo, Timbalan Setiausaha Agung, Sekretariat ASEAN sesudah bermesyuarat bersama ahli-ahli ACO dan wakil ICA-AP.

Program Advokasi : Kembangkan Jalinan Pelbagai Hala Koperasi Negara-Negara ASEAN

Oleh : MUHAMMAD FAHMI ISMAIL Penolong Pengurus / Sekretariat ACO

Program advokasi anjuran sekretariat ICA Asia Pasifik (ICA-AP) telah berlangsung dari 23 hingga 26 Julai di Jakarta, Indonesia dengan matlamat untuk melihat bagaimana pembangunan koperasi di negara-negara ASEAN dapat dikembangkan melalui jalinan kerjasama pelbagai hala. Hasil kerjasama strategik bersama Dewan

Society Organization (CSO) yang mempunyai jalinan kerjasama dengan Kesatuan Eropah. Presiden ACO, Dato’ Abdul Fattah Abdullah memainkan peranan sebagai ‘Chef di Mission’ dan Ketua Delegasi ACO dan ANGKASA serta turut menyampaikan ucapan aluan dalam majlis pembukaan. Antara yang hadir ialah Ahli lembaga ICA Global yang juga merupakan Bendahari ACO, Dato’ Haji Kamarudin Ismail yang berperanan sebagai Timbalan Ketua Delegasi ACO serta mengetuai delegasi tersebut dalam sesi mesyuarat bersama Sekretariat ASEAN. Setiausaha Agung ACO, Dato’ Paduka Hanapi Suliman turut hadir bagi membentangkan profil ACO dan berkongsi permasalahan yang dihadapi anggota ACO semasa mesyuarat selain melakukan tindakan susulan berkaitan permohonan ACO untuk diakreditasi di bawah ASEAN.

Koperasi Indonesia (DEKOPIN), ASEAN Co- operative Organization (ACO) dan melalui sokongan daripada ICA-EU Partnership on Co- operatives in Development, seminar ini juga dianjurkan bagi tujuan untuk memanfaatkan hubungan kerjasama erat di antara ASEAN dan Kesatuan Eropah (EU), serta mencari persamaan sesama koperasi di rantau ASEAN. Selain itu, seminar ini juga dianjurkan bagi mendapatkan sokongan dan penerimaan sektor koperasi di dalam ASEAN Economic Community (AEC). Program tiga hari ini telah disertai oleh 50 peserta (30 peserta antarabangsa dan 20 peserta anggota DEKOPIN) yang terdiri daripada badan koperasi Apeks dan agensi kerajaan yang bertanggungjawab terhadap pembangunan koperasi dari rantau ASEAN, NGO-NGO & Civil

16 PELANCAR September 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease