Wadah PELANCAR Edisi September 2018

» YBhg. Dato’ Abdul Fattah Abdullah, Presiden ACO merangkap Presiden ANGKASA menerima cenderahati daripada wakil penganjur Prof. Ruli Indrawan, Naib Presiden DEKOPIN.

» Para tetamu kehormat bergambar bersama cenderahati masing-masing. Dari kanan, YBhg Dato’ Abdul Fattah Abdullah, ASEAN Co-operative Organization (ACO), Mr. Balu Iyer, Regional Director of the International Co- operative Alliance Asia and Pacific (ICA-AP), Ibu Eva Kusama Sundari, Ahli Parlimen Jawa Timur, Bapak Meliadi Sembiring, Secretary, Ministry of Co-operatives and SMEs, Indonesia, Bapak Shukri dan Prof. Ruli Indrawan, Vice President of DEKOPIN.

Pelbagai perkongsian ilmu dan pengalaman telah dibentangkan. Pada hari kedua dan ketiga, latihan kerja dalam kumpulan telah membuatkan seminar ini menjadi lebih interaktif dan melibatkan semua peserta. Latihan kerja dalam kumpulan ini telah mengajak semua peserta untuk menjalankan sesi sumbang saran bagi membincangkan persamaan, perbezaan, keutamaan, kekuatan, kelemahan, cabaran serta ruang kolaborasi yang boleh dijalankan pada masa hadapan terutama dalam pembangunan koperasi di negara ASEAN. Peranan hubungan ICA-AP, ACO, EU dan Sekretariat ASEAN dalam mempengaruhi pembangunan koperasi Asia Tenggara juga turut dibincangkan secara mendalam dan menyeluruh. Laporan penuh berhubung

hasil seminar tersebut akan disiapkan oleh ICA-AP dan akan dikongsikan bersama semua peserta. Menerusinya, proses menjalankan advokasi untuk memastikan pembangunan sektor koperasi di rantau ASEAN merupakan suatu kerja jangka masa panjang dan memerlukan sokongan padu daripada kesemua 10 negara ASEAN. Pelbagai kajian dan analisis perlu dijalankan bagi memastikan ketepatan data dan input berhubung koperasi di rantau ASEAN. Selain itu, penglibatan pihak berkepentingan (stakeholder) serta penerokaan lebih peluang kerjasama dan jalinan perniagaan perlu diperkasakan. Jaringan ICA-AP dan ACO boleh digunakan secara optimum bagi tujuan ini.

September 2018 PELANCAR

17

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease