Pada hari Khamis, 26 Julai 2018, Delegasi ICA-AP bersama ACO telah melakukan kunjungan hormat kepada Dr. Aladdin D. Rillo, Timbalan Setiausaha Agung, ASEAN Sekretariat di pejabat beliau untuk membentangkan hasil seminar tiga hari yang berlangsung dan juga berkongsi idea berhubung pembangunan koperasi di rantau ASEAN. Delegasi ICA-AP dan ACO juga membangkitkan kebimbangan tentang kedudukan sektor koperasi di dalam ASEAN Economic Community (AEC). Hal ini kerana sektor koperasi hanya dibincangkan dan diselitkan bersama sektor pertanian dan tidak memadai untuk meliputi keseluruhan sektor koperasi. Delegasi ICA-AP dan ACO juga berharap supaya ASEAN dapat menubuhkan jawatankuasa kerja ekslusif yang membincangkan hal-hal berkaitan koperasi. Setiausaha Agung ACO mengambil peluang dengan bertanyakan tentang status permohonan ACO bagi mendapatkan akreditasi daripada ASEAN dan pihak Sekretariat ASEAN bagi memaklumkan bahawa permohonan tersebut masih di dalam proses dan berjanji akan melihat semula permohonan supaya dapat disegerakan kelulusannya. Pihak Sekretariat ASEAN juga sangat berbesar hati dengan kunjungan tersebut dan akan membincangkan
isu-isu yang dibangkitkan oleh delegasi ICA-AP dan ACO secara dalaman terutama dengan jawatankuasa pembangunan AEC. Setiap gerakan koperasi Apeks di rantau ASEAN juga haruslah melobi dan mendapatkan sokongan penuh daripada kementerian yang bertanggungjawab menjaga pembangunan koperasi untuk membawa isu ini ke peringkat seterusnya. Hal ini kerana penubuhan jawatankuasa ini dan isu-isu ASEAN yang lain adalah di peringkat hubungan kerajaan dengan kerajaan (G2G). Para peserta bersetuju bahawa transformasi koperasi di ASEAN sebagai enjin pertumbuhan ke-4 perlu dilakukan melalui transformasi dari pertanian / ekonomi luar bandar kepada ekonomi digital / agenda bandar global. Melalui seminar ini juga, ICA-AP dan koperasi negara ASEAN seharusnya meletakkan kecemerlangan Kesatuan Eropah (EU) sebagai penanda aras yang boleh dijadikan contoh ke arah memajukan gerakan koperasi yang kompetan, progresif dan profesional. Melihat kepada kejayaan seminar ini dan keperluan untuk meneruskan usaha jangka panjang, ICA-AP telah menyatakan bahawa program advokasi seperti ini dianjurkan lagi pada masa hadapan.
» Para peserta dan ahli panel bergambar secara berkumpulan sebelum berlangsungnya seminar.
18 PELANCAR September 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease