Matlamat Pembangunan Lestari: Meletakkan Koperasi Dalam Pelan Tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN
Oleh : ABDUL AZIZ MOHAMAD YUNUS Pengurus, Tadbir Urus & Integriti
Pada bulan Januari 2007 semasa Sidang Kemuncak ASEAN Ke-12, pemimpin- pemimpin negara ASEAN telah bersetuju untuk menubuhkan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) bagi mengubah ASEAN sebagai sebuah pergerakan rantau bebas bagi barangan, perkhidmatan, pelaburan, tenaga kerja mahir dan modal.
AEC 2015 merupakan matlamat terakhir integrasi ekonomi di rantau Asia Tenggara seperti yang digambarkan dalam visi AEC tahun 2020 (ASEAN, 2009) iaitu berlandaskan kepada satu pemusatan kepentingan negara- negara ahli ASEAN bagi mendalami dan meluaskan integrasi ekonomi mereka. Ia penting bagi negara-negara ASEAN menyiapkan diri menandingi perubahan ekonomi dunia (ASEAN, 2009) dan wilayah ekonomi lain yang berkuasa. Maka AEC akan mewujudkan ASEAN sebagai sebuah pasaran tunggal dan menjadi peneraju kepada sebuah rantau pangkalan pengeluaran yang dinamik dan kompetitif. Ini termasuklah perlaksanaan mekanisme baharu dan langkah pengukuhan perlaksanaan inisiatif ekonomi yang sedia ada. Tujuannya juga adalah bagi mempercepatkan lagi integrasi serantau di sektor utama, memudahkan pergerakan perniagaan, tenaga kerja mahir dan berbakat serta mengukuhkan mekanisme institusi ASEAN (ASEAN, 2008). Wawasan 2020 ASEAN diterima oleh pemimpin negara- negara ASEAN semasa berlangsungnya ulang tahun ASEAN yang ke-30. Mereka bersetuju berkongsi satu visi yang digambarkan iaitu ‘keluar pergi melihat, hidup dengan aman, mengekalkan kemakmuran dan kestabilan serta terikat bersama dalam perkongsian pembangunan yang dinamik melalui sebuah persatuan masyarakat yang penyayang’. Pada Sidang Kemuncak ASEAN yang ke-9 tahun 2003, pemimpin negara-negara ASEAN membuat keputusan menubuhkan Komuniti ASEAN. Di Sidang Kemuncak ASEAN yang ke-12 pada bulan Januari 2007 pula, pemimpin-pemimpin negara ASEAN mengesahkan akan memberi komitmen yang kukuh bagi mempercepatkan penubuhan Komuniti ASEAN dan pada tahun 2015, mereka
menandatangani Deklarasi Cebu 2015 bagi mempercepatkan penubuhan tersebut. Komuniti ASEAN terdiri daripada tiga tunggak utama iaitu Komuniti Keselamatan Politik ASEAN, penyatuan Komuniti Ekonomi dan Komuniti Sosial- Kebudayaan ASEAN. Setiap tonggak memiliki pelan tindakannya sendiri melalui fasa “Initiative for ASEAN Integration Strategic Framework” and “IAI Work Plan II (2009-2015)” iaitu membentuk peta jalan bagi Komuniti ASEAN 2009-2015. Pengiktirafan telah diberikan kepada koperasi sebagai sebuah pertubuhan yang bergerak sendiri tanpa bantuan, mampu meningkatkan pendapatan dan kesejahteraan hidup manusia sejagat secara meluas terutamanya di institusi-institusi. Koperasi juga dapat membina kekayaan untuk anggotanya dengan melibatkan diri dalam perniagaan seperti pemberi perkhidmatan, pengeluar, pemilik perniagaan bebas, pengguna, pekerja dan pelabur dalam syarikat pelaburan. Dengan adanya lebih daripada 2.5 juta perusahaan dan 1.5 bilion anggota, koperasi diiktiraf sebagai pertubuhan yang mewakili lebih daripada 250 juta pekerjaan dan memainkan peranan utama sebagai pencipta buruh yang berkualiti. Jangkaan pada tahun 2020, koperasi akan memastikan anggotanya mematuhi 100 peratus undang-undang dan peraturan koperasi. Pelbagai usaha telah dijalankan bagi mengekalkan peraturan yang sedia ada agar kepentingan, keistimewaan dan insentif anggota dapat dilindungi di bawah undang- undang koperasi dan dapat mengelakkan koperasi daripada ditindas.
September 2018 PELANCAR
19
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease