Komitmen yang tinggi dalam kalangan negara- negara ASEAN merupakan satu cabaran ASEAN di masa hadapan. Ini adalah kerana semasa berlakunya perdagangan barangan, enam anggota ASEAN telah menghapuskan cukai dagangan mereka terutamanya cukai dagangan antara daerah-daerah dengan 99.2 peratus tarif adalah pada kadar 0 peratus. Mengurangkan kos dagangan iaitu negara-negara ASEAN telah meringkaskan Undang-Undang Asal dengan menggubal Skim Perakuan Sendiri, menubuhkan “ASEAN Single Window” peringkat Kebangsaan dan Gudang Perdagangan Peringkat Kebangsaan (NTR) sebagai kaedah pertukaran. Satu perjanjian telah ditandatangani bagi merangka kerja menurut undang-undang bagi melaksanakan “ASEAN Single Window”. Bagaimanapun, Sekatan Bukan Tarif (NTBs) akan diteruskan sebagai amalan di rantau ASEAN ini. Standard Peringkat Kebangsaan boleh diwujudkan apabila ASEAN mengenakan peraturan dan syarat tempatan di peringkat kebangsaan, eksport atau cukai import, lesen tidak automatik dan lain-lain lagi. Oleh itu, kesan positif telah dicapai dengan penghapusan tarif atau langkah seperti Skim Perakuan Sendiri menafikan akan kelaziman NTBs. Banyak NTBs diwujudkan untuk menguruskan persiapan politik tempatan dan menangguhkan liberalisasi perdagangan. Oleh itu integrasi ekonomi di kalangan negara-negara ASEAN akan menjadi proses yang berterusan. Infrastruktur penting bagi pembangunan ekonomi. Ia perlu dilaksanakan serentak dengan integrasi ekonomi. Negara-negara ASEAN perlu mengusahakan sebuah program perkongsian sektor awam dan swasta yang sesuai untuk membina infrastruktur tempatan. Pembangunan koridor ekonomi boleh menjadi satu prasarana yang berguna untuk dipertimbangkan. ASEAN menyedari bahawa ketersediaan infrastruktur lembut dan keras di peringkat kebangsaan adalah satu pra-syarat jika mereka ingin mendapat faedah dari penyepaduan ekonomi serantau. Hubungan ASEAN memberi fokus kepada tiga dimensi utama iaitu: i. Hubungan secara fizikal iaitu penambahbaikan infrastruktur bagi pengangkutan, komunikasi dan tenaga. ii. Hubungan institusi iaitu meningkatkan dagangan, pelaburan, sempadan pengurusan dan rangka kerja peraturan bagi kemajuan dan kemakmuran ekonomi. iii. Hubungan antara manusia dengan manusia iaitu mempromosikan pendidikan, pengurusan sumber manusia, kebudayaan dan pelancongan, perpindahan dan kebajikan masyarakat ASEAN. Koperasi ASEAN perlu diakui melalui Pelan Tindakan Komuniti Ekonomi Koperasi ASEAN kerana ia merupakan
satu proses penting dalam membuat perubahan sosioekonomi masyarakat terutamanya komuniti koperasi di bandar dan di luar bandar. Kerajaan negara-negara ASEAN perlu mengambil kira kebaikan dan tanggungjawab dengan melaksanakan perundingan bersama sektor koperasi apabila ingin membangunkan dasar ekonomi koperasi ASEAN. Melalui peraturan yang ada, kerajaan negara-negara ASEAN perlu merangka undang-undang dan mengambil kira amalan pentadbiran dalam isu ekonomi dan sosial masyarakat. Menuju ke hadapan, sektor koperasi negara- negara ASEAN perlu mengukuhkan ekonomi anggota- anggotanya, mendidik anggota-anggota birokrat mereka secara menyeluruh melalui langkah-langkah AEC. Kepentingan pembangunan infrastruktur negara dan kerjasama ekonomi juga perlu dijaga dengan memberi tumpuan kepada faktor kewangan dan sumber manusia. Ini bagi membolehkan integrasi serantau negara-negara ASEAN berlaku dengan jayanya. Menjelang tahun 2025, kita mahu melihat ASEAN yang sebenarnya iaitu saling berkaitan antara satu sama lain terutamanya dalam soal jaringan prasarana bagi meningkatkan hubungan sesama sendiri. Prihatin terhadap pelbagai sektor yang telibat juga perlu diambil kira bagi meningkatkan perpaduan ekonomi koperasi serantau. AEC 2025 juga perlu memberi fokus kepada pembangunan teknologi digital masa kini agar pengiktirafan digital melalui koperasi dapat diperkenalkan. Program kerjasama antara sektor awam dan swasta juga perlu diperhebatkan dengan memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur, pendidikan anggota pemimpin birokrat serta memperuntukkan lebih banyak sumber kepada integrasi serantau. Keadaan ini akan dapat mengukuhkan lagi kerjasama serantau koperasi ASEAN di masa hadapan. Rujukan l Dr. Mohd Azlan Yahya (2018), Sustainable Goals: Positioning Co-operative in The ASEAN Economic Community Blueprint. l IMF, World Economic Outlook, April 2016. l Economic corridors are a combination of infrastructure networks and economic activities in a geographical space. Corridors can be built both within and between countries. l A Blueprint for Growth, ASEAN Economic Community 2015: Progress and Key Achievements. l ASEAN Economic Community Blueprint 2025. l ADB (Asian Development Bank). 2005.
20 PELANCAR September 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease