Timbalan & Naib Presiden Baru ANGKASA
Oleh : NOR AZAH ABD. AZIZ
Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan (JTK) ANGKASA telah memilih Dato’ Haji Kamarudin Ismail yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Naib Presiden ANGKASA. Pada mesyuarat itu juga, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Kelantan, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa dilantik sebagai Naib Presiden ANGKASA. Kedua-dua tokoh tersebut dipilih atas pengalaman dan pengetahuan mereka yang luas, dalam bidang koperasi dan perjalanan pentadbiran ANGKASA. Dato’ Haji Kamarudin mempunyai Ijazah Pendidikan (TESL ), dari Universiti Edinburgh, Scotland. Kini beliau memegang jawatan Anggota Lembaga Pengarah Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA Global) untuk sesi 2017 hingga Dato’ Haji Kamarudin Ismail dilantik sebagai Timbalan Presiden ANGKASA yang baru pada Ogos lalu, menggantikan mantan Timbalan Presiden ANGKASA, Haji Mutadho Bahri yang meletak jawatan secara sukarela pada Julai lalu.
DATO’ HAJI KAMARUDIN ISMAIL Timbalan Presiden ANGKASA
2021, selepas perlantikan dibuat pada Persidangan Global dan Mesyuarat Agung ICA pada November lalu di Kuala Lumpur. Beliau yang menyertai ANGKASA sejak tahun 2012, turut memegang jawatan sebagai Pengerusi Koperasi Yayasan Guru Malaysia Berhad, Anggota Lembaga Pengarah MyANGKASA Holdings Sdn Bhd, Anggota Lembaga Pengarah MyANGKASA Services Sdn Bhd dan MyANGKASA Bina Sdn Bhd serta beberapa jawatan di peringkat pengurusan tertinggi ANGKASA. Sementara itu, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), selain mempunyai Sijil Pengurusan Pentadbiran dari Universiti Harvard.
Beliau juga merupakan Anggota Lembaga Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS) dan Anggota Lembaga Pengarah MyANGKASA Bina
Sdn Bhd. Menyertai ANGKASA pada tahun 2011 sebagai Ahli Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Kelantan yang kemudian dilantik sebagai Pengerusi.
DATO’ HAJI CHE MOHD SHUKREE CHE ISA Naib Presiden ANGKASA
September 2018 PELANCAR
21
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease