gerakan koperasi sekolah di negara ini,” katanya lagi. Beliau berkata demikian sewaktu berucap mewakili Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah dalam Majlis Penutup Perhimpunan Hos Terbaik Pelancongan Koperasi Sekolah Peringkat Kebangsaan 2018 di SMK Long Gafar, Kota Bharu, Kelantan. Turut hadir ialah Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia, Puan Rozainum Ahmad; Penolong Kanan Pentadbiran SMK Long Gafar Mewakili Pengetua SMK Long Gafar, Haji Ahmad Zaki Awang; Pengarah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan, Encik Aidil Afizie Daud dan Pengerusi Jawatankuasa
» Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (dua dari kanan) menyiram anak pokok sebagai gimik perasmian penutup Program Perhimpunan Hos Terbaik Pelancongan Koperasi Sekolah Peringkat Kebangsaan 2018 sambil disaksikan oleh Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia, Puan Rozainum Ahmad (tiga dari kiri), Penolong Kanan Pentadbiran SMK Long Gafar mewakili Pengetua SMK Long Gafar, Haji Ahmad Zaki Awang (dua dari kiri) dan Pengerusi JPAN Kelantan, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa (paling kanan).
Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Kelantan, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa. Sementara itu, Puan Rozainum dalam ucapannya turut memuji usaha ANGKASA yang telah melatih hampir 700 buah koperasi sekolah Hos dan Tamu yang melibatkan lebih 1,200 projek lawatan PKS di seluruh tanah air sejak diperkenalkan 14 tahun yang lalu. “Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengucapkan jutaan terima kasih kepada koperasi sekolah yang melibatkan diri dalam program sebegini. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada ANGKASA kerana telah banyak membantu KPM khususnya Bahagian Kokurikulum dan Kesenian dalam membangunkan modal insan melalui aktiviti yang bermanfaat untuk pembangunan sahsiah diri dan kemenjadian pelajar,” katanya. Program Perhimpunan Hos Terbaik Pelancongan Koperasi Sekolah Peringkat Kebangsaan 2018 berlangsung selama tiga hari melibatkan 28 orang pelajar dan 28 orang guru koperasi dari 14 buah sekolah seluruh negara. Pelajar-pelajar ditempatkan dengan keluarga angkat masing-masing dengan kerjasama Homestay Kampung Seterpa. Para pelajar juga turut dibawa mengikuti pelbagai aktiviti sepanjang program berlangsung seperti mengadakan lawatan sambil belajar ke Wakaf Che Yeh, Kompleks Bebas Cukai Rantau Panjang, aktiviti menganyam ketupat, membuat wau, memancing ikan, menyaksikan demonstrasi monyet memanjat pokok kelapa selain terlibat secara langsung dalam aktiviti malam kebudayaan.
Naib Presiden ANGKASA, Datuk Mohamad Ali Hasan berkata, SPPDK berjaya menaikkan imej gerakan koperasi negara selain meningkatkan imej ANGKASA sebagai badan puncak gerakan koperasi apabila mendapat pengiktirafan kerajaan menerusi anugerah ‘Inisiatif Pembangunan Pelancongan Koperasi’ daripada Malaysia Tourism Council (MTC) pada November 2017. “Pada tahun 2014, 110 lawatan melibatkan 35 buah koperasi sekolah telah mencatatkan perolehan sebanyak RM127,000. Angka ini semakin meningkat saban tahun dan sejak diletakkan di bawah SPPDK, lebih 200 koperasi sekolah terlibat secara langsung dalam aktiviti PKS sama ada sebagai Hos ataupun Tamu. Ini turut melibatkan sejumlah lebih 30 projek lawatan melibatkan Tamu dari negara luar terutamanya dari negara Jepun dan Korea Selatan,” katanya. Beliau percaya, angka ini akan terus meningkat dan gerakan PKS akan berkembang pesat sebagai salah satu penjana ekonomi koperasi sekolah dan pemangkin kepada kejayaan melatih pelajar-pelajar sekolah menjadi modal insan berkebolehan dari segi aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek. “ANGKASA sentiasa berusaha untuk membangunkan potensi koperasi sekolah sesuai dengan peranan yang telah dipersetujui antara ANGKASA, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Maktab Koperasi Malaysia (MKM) menerusi Deklarasi Putrajaya 2012. ANGKASA juga berbangga apabila dijadikan sebagai penanda aras bagi kebanyakan koperasi dan badan apeks koperasi luar negara khususnya mengenai kejayaan membangunkan
24 PELANCAR September 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease