Wadah PELANCAR Edisi September 2018

Tadbir Urus PKS

Semakin Matang

ANGKASA selaku badan apeks koperasi di negara ini sentiasa berusaha untuk membangunkan potensi koperasi sekolah sesuai dengan kehendak Deklarasi Putrajaya 2012. ANGKASA juga turut berbangga dijadikan sebagai penanda aras bagi kebanyakan koperasi dan apeks koperasi luar negara khususnya mengenai kejayaan kita membangunkan gerakan koperasi sekolah. Sejak tahun 2014, ANGKASA telah melatih hampir 700 buah koperasi sekolah Hos dan Tamu yang melibatkan lebih 1,200 projek lawatan pelancongan koperasi sekolah di seluruh negara. Terdapat lebih 60 buah projek pelancongan peringkat antarabangsa yang telah berlangsung secara inbound iaitu koperasi- koperasi sekolah di Malaysia menerima Tamu dari negara luar khususnya Jepun dan Korea Selatan. ANGKASA yakin angka tersebut akan terus meningkat dan berkembang pesat sebagai salah satu penjana ekonomi koperasi sekolah dan pemangkin kepada kejayaan melatih anak-anak pelajar menjadi modal insan berkebolehan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga sangat menggalakkan penglibatan langsung koperasi sekolah dalam aktiviti pembelajaran khususnya berkaitan koperasi. PKS merupakan sebahagian kecil agenda kokurikulum yang disalurkan dalam bentuk pembelajaran in-situ tentang sejarah, tokoh, alam sekitar dan peranan koperator muda dalam membudayakan semangat jati diri koperasi mereka dan kaitannya dengan pendedahan yang betul dalam konteks sosial. Program PKS mendidik pelajar mendekati kebudayaan dalam kepelbagaian masyarakat di Malaysia. Keunikan budaya, bahasa, makanan, kesenian dan pelbagai lagi dirangkum seluruhnya semasa pelaksanaan PKS. Ini bersesuaian dengan hasrat KPM untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dan bersahsiah serta pandai menyesuaikan diri dalam komuniti. ANGKASA sedar bahawa setiap koperasi di negara ini wajar dan amat perlu diberi latihan serta program pembangunan yang bersesuaian dengan dasar KPM agar para koperator muda yang terlibat dapat menggalas amanah sebagai koperator cemerlang dan mampu menyumbang kepada kemajuan negara di masa hadapan.

» Datuk Haji Mohamad Ali Hasan berucap mewakili Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah.

Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS) telah mencapai usia 14 tahun sejak diperkenalkan pada tahun 2004. Pelaksanaannya merupakan sebahagian daripada agenda utama ANGKASA iaitu mendidik koperator muda sebagai usahawan pelancongan dengan pelaksanaan pertamanya di Koperasi SM Teknik Bukit Piatu Melaka Berhad.

September 2018 PELANCAR

25

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease