Wadah PELANCAR Edisi September 2018

DARI MEJA PRESIDEN

SIDANG PENGARANG

Presiden Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah

Timbalan Presiden Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail

Naib Presiden Datuk Haji Mohamad Ali Hasan Haji Mohamad Azmi Omaruddin Dr. Mohd. Azlan Yahya Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa Panel Penasihat Editorial Dato’ Haji A. Aziz Deraman Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA) Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah

Salam Sejahtera

Menerap dan memupuk semangat keusahawanan koperasi dalam kalangan pelajar tidak hanya sekadar bersandarkan kepada penglibatan atau melalui pengalaman yang ditimba sewaktu berkecimpung dalam sesuatu aktiviti koperasi semata-mata. Mereka juga perlu memiliki matlamat keusahawanan koperasi dengan meletakkan sasaran tertentu yang sealiran dengan aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh koperasi. Merancang dan membina matlamat keusahawanan koperasi merupakan antara pendekatan visi dan misi yang perlu ditanam ke dalam diri setiap anggota koperasi dengan menetapkan sasaran tertentu melalui perancangan serta strategi yang dibentuk sama ada secara sendiri mahupun berkumpulan. Menerusi pendekatan tersebut, pelajar perlu memastikan agar matlamat yang dirancang mampu mencapai impak positif berlandaskan kepada disiplin, strategi dan kesungguhan. Selain menyuburkan semangat keusahawanan melalui usaha secara lebih bersungguh- sungguh, penetapan matlamat keusahawanan yang diterap sejak dari peringkat awal mampu membentuk jiwa yang lebih kental, berani menghadapi risiko, berupaya menilai sebarang bentuk risiko mahupun potensi yang ada dalam sesebuah perniagaan, tidak mudah putus asa dengan cabaran selain akan berasa lebih yakin untuk berhadapan dengan pelanggan. Usaha untuk menyuburkan semangat dan minda keusahawanan melalui pelaksanaan aktiviti keusahawanan koperasi di peringkat sekolah juga boleh disemai menerusi pelaksanaan aktiviti-aktiviti tambahan seperti ceramah motivasi, business canvas dan lain-lain aktiviti yang bersifat teknikal seperti pameran produk atau peralatan yang berkaitan dengan perniagaan seperti sistem pengurusan berasaskan Point Of Sale dan sebagainya. Pendekatan holistik dalam menghadapi era baharu dunia perniagaan sememangnya sangat memerlukan kekuatan mental dan inovasi yang tinggi. Aliran perniagaan di seluruh dunia jelas semakin memperlihatkan perubahan yang drastik dan boleh melonjak atau menjatuhkan sesebuah institusi perniagaan hanya dalam sekelip mata sekiranya tidak dikawal selia mengikut arus ekonomi dan kehendak pasaran semasa. Justeru, semua pihak perlulah berganding bahu bagi memastikan matlamat keusahawanan koperasi tersemai kuat di dalam setiap jiwa pelajar agar legasi akan datang lebih bersedia dan bermotivasi tinggi untuk terus menjaga, mempertahan dan mengangkat sektor koperasi ke peringkat yang lebih tinggi selain memastikan perniagaan koperasi terus berdaya saing.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Haji Nasir Khan Yahaya

Pengurus Besar Bahagian Sekretariat Halim Haji Ibrahim

Pengurus Mohd Zakuan Azmi

Penolong Pengarang Nor Azah Abd. Aziz Wan Adlina Wan Ab. Aziz

Pegawai Media Sosial Nadiah Kamarudin

Pereka Grafik Faizatulliza Mohd. Nor

Pemberita / Jurugambar Rahmat Mohd. Did Aizal Azizan Sajari Pruf Dan Rekaletak Haji Anuar Ismail Datin Hajah Fauziah Zainal

Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Sekretariat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com

Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd.

September 2018 PELANCAR

1

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease