Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
Ke Arah Memantapkan Prosedur Kerja Melalui Kawalan Dalaman
» Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya bergambar bersama peserta bengkel.
Bahagian Pengurusan Risiko, Tadbir Urus dan Integriti (BPRTUI) ANGKASA telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Prosedur Kerja kepada kira-kira 26 warga kerja ANGKASA yang terdiri daripada Pengurus, Penolong Pengurus dan Pegawai pada bulan Julai di Hotel Aliya, Klang.
Bengkel selama dua hari itu bertujuan untuk memberi pemahaman terhadap prosedur kerja sebagai kawalan dalaman menerusi pelaksanaan aktiviti yang digerakkan. Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya dalam ucapan perasmiannya menyatakan, ANGKASA akan berusaha memantapkan prosedur kerja sedia ada yang lengkap ke arah mencapai objektif bahagian dan sektor di ANGKASA. Katanya, kawalan dalaman yang dimaksudkan adalah merujuk kepada apa-apa tindakan yang
“Di samping itu, kawalan dalaman sesebuah organisasi juga bermatlamat memastikan ketetapan dan kesempurnaan rekod- rekod perakaunan ke arah penyediaan penyata kewangan yang boleh dipercayai tepat pada waktu yang diperlukan serta memastikan penggunaan sumber sedia ada digunakan dengan berkesan dan terhindar daripada pembaziran. Selain itu, sistem berintegrasi ini juga menggalakkan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan,” katanya. Dr. Mohd Azlan menyatakan, sudah tiba masanya ANGKASA perlu
bergerak ke hadapan dan setiap bahagian dan sektor di ANGKASA disaran membangunkan prosedur yang jelas sebagai panduan dan pemahaman kepada kakitangan dalam menggerakkan sebarang aktiviti supaya ia menepati piawaian dan standard kerja yang diperlukan. “Setiap individu dalam sesebuah organisasi mempunyai peranan dalam keberkesanan kawalan dalaman serta bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penggunaan dan pengawalan
diambil oleh pihak pengurusan untuk mengurus risiko dan meningkatkan kemungkinan bahawa matlamat dan objektif dicapai. “Pengurusan sesebuah organisasi wajar merancang, menganjur dan mengarahkan prestasi tindakan yang konsisten untuk memberi jaminan yang munasabah supaya objektif dan matlamat berjaya dicapai,” ujarnya. “Dalam erti kata lain, kawalan
» Sesi bengkel berlangsung
dalaman adalah bertujuan untuk mencapai objektif seperti memastikan organisasi berjalan dengan teratur dan cekap termasuk mematuhi polisi pengurusan; menjaga keselamatan aset; mencegah penipuan (fraud) dan mengesan kesilapan.
dana yang diamanahkan. Menyedari kepentingan ini, setiap warga kerja perlu mengetahui bahawa kawalan dalaman sewajarnya, diberi perhatian serius khususnya dalam pengoperasian,” katanya.
30 PELANCAR September 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease