Wadah PELANCAR Edisi September 2018

Prosedur Kerja Berkualiti Beri Impak Kepada Produktiviti

Kekuatan sesebuah organisasi bukan hanya bergantung kepada daya kepimpinan dan kepelbagaian aktiviti perniagaan yang dijalankan semata-mata, tetapi keutamaan kepada tadbir urus yang berkesan turut menjadi antara penyumbang kepada faktor kecemerlangannya.

Tadbir urus berkesan menerusi pelaksanaan aktiviti sesebuah koperasi mahupun organisasi memerlukan prosedur kerja yang lengkap kerana ia dibangunkan sebagai garis panduan untuk warga kerja dalam menjalankan tugas mereka. Prosedur kerja yang berkualiti mampu menghasilkan impak kerja yang produktif kerana ia berperanan sebagai satu langkah kawalan untuk semua warga kerja bagi menepati keperluan yang membawa kepada pencapaian sesebuah objektif jabatan atau bahagian. Selain itu, prosedur kerja mengandungi elemen seperti tujuan prosedur dibangunkan, definisi, carta aliran proses kerja dan penerangan proses carta aliran. Menyedari akan kepentingan keberkesanan tadbir urus berkesan melalui pemantapan prosedur kerja, ANGKASA mengambil peranan serius memantapkan lagi usaha ini selaras dengan prosedur kerja ANGKASA yang dibangunkan secara sistematik berpandukan Sistem Pengurusan Berkualiti ISO 9001:2015 mengikut bentuk piawaian antarabangsa. Sesebuah organisasi perlu memiliki manual prosedur kerja sebagai dokumen rujukan bagi peringkat jabatan/bahagian yang mengandungi fungsi dan objektif rasmi, prosedur yang jelas serta warga kerja yang bertanggungjawab bagi melaksanakan aktiviti yang dipertanggungjawabkan.

Oleh : DR. HAJI MOHD AZLAN YAHYA Naib Presiden ANGKASA

Ia berperanan sebagai rujukan utama yang dapat membantu jabatan/bahagian agar dapat berfungsi dengan lebih cekap dan berkesan. Prosedur kerja yang terperinci serta penentuan tanggungjawab yang jelas akan membantu warga kerja untuk menjalankan tugas masing- masing secara lebih efisien dan teratur. Di samping menjadi alat pengurusan yang dapat menyumbang kepada peningkatan kecekapan dan keberkesanan sesebuah organisasi, ia secara tidak langsung menggalakkan warga kerja supaya dapat memahami dengan lebih jelas mengenai hala tuju dan peranan yang bakal dilaksanakan. Justeru, dalam situasi seperti ini, tidak timbul soal kelewatan dalam menyelesaikan sesuatu kerja kerana ia berteraskan kepada pegangan garis panduan yang lengkap dalam menjalankan tugas.

September 2018 PELANCAR

31

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease