Wadah PELANCAR Edisi September 2018

Reaksi Mereka

Nur Qhidayah Raudhah Zulkarnain Siswazah Universiti Pertanian Malaysia

Mohd Faiq Abdul Fattah Siswazah Universiti Kuala Lumpur

Saya menyertai Program Motivasi Yayasan ANGKASA ini lima kali sejak 2009 dan ini adalah kali pertama saya dipanggil untuk terlibat sebagai fasilitator. Saya mula

Saya menamatkan pelajaran di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) pada tahun 2016 dan merupakan salah seorang penerima pembiayaan Yayasan ANGKASA. Di UniKL, saya terlibat secara aktif dengan KOSISWA dan memasarkan produk makanan ringan kami sendiri. Saya berpendapat golongan muda perlu

aktif berkoperasi sejak di sekolah menengah dan berpendapat penglibatan golongan muda adalah sangat penting dalam melestarikan gerakan koperasi di Malaysia. Bagi golongan B40 ke bawah, koperasi boleh dijadikan senjata untuk melawan kemiskinan tidak kira di bandar ataupun

diberikan lebih ruang dalam koperasi, jika boleh biarlah setiap koperasi mempunyai paling kurang seorang dari golongan muda di dalam barisan ahli lembaga. Sebagai alumni dan fasilitator untuk program kali ini, saya berharap dapat membangkitkan semangat berkoperasi kepada semua pelajar yang terlibat.

luar bandar. Sebagi fasilitator, saya berharap dapat mencurahkan segala ilmu dan idea kepada pelajar-pelajar yang masih belajar agar mempunyai hala tuju yang jelas selepas tamat pengajian nanti.

Muhammad Fawwaz Mohd Fitri Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia Dengan menyertai Program Motivasi anjuran Yayasan ANGKASA kali ini, saya mendapat banyak pendedahan berkaitan gerakan koperasi selain terlibat dengan pelbagai aktiviti menarik. Saya juga menanam hasrat untuk menyambung legasi keluarga saya dalam bidang koperasi di masa hadapan.

Raihan Afiqah Shamsudin Mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia

Ini merupakan kali pertama saya menyertai Program Motivasi Yayasan ANGKASA dan sangat berterima kasih kepada ANGKASA yang prihatin dengan pelajar-pelajar di bawah tajaannya. Kemudahan yang disediakan di sini sangat baik dan kandungan program juga amat bermakna kepada kami. Selain memupuk jati diri, mengeratkan silaturrahim, kami juga dapat mengenali barisan pemimpin ANGKASA dan mempelajari serba sedikit tentang gerakan koperasi.

Shamsiah Nordin Mahasiswa Universiti Malaysia Pahang

Abdul Muhaimin Abdul Rahim Mahasiswa Universiti Malaysia Perlis

Saya rasa teruja dengan pengisian

program yang sangat baik selain persekitaran yang kondusif. Saya mula mengenali tentang koperasi kerana ayah merupakan anggota koperasi yang aktif tetapi saya belum sempat terlibat lagi dengan sebarang aktiviti koperasi secara langsung. Hanya seorang anggota biasa setakat ini. Bagi saya, koperasi adalah medium yang sangat baik untuk membantu kehidupan rakyat lebih-lebih lagi di kawasan luar bandar.

Saya sudah aktif berkoperasi sejak di sekolah menengah dan kini sebagai anggota KOSISWA di universiti. Bagi saya, golongan muda masih tidak cakna lagi tentang fungsi dan peranan gerakan koperasi di Malaysia. Oleh itu, program-program sebegini sangat sesuai dijadikan sebagai platform untuk memberi penerangan yang lebih jelas tentang koperasi.

Anis Afuza Md. Yusof Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Kampus Pahang

Menyertai program selama tiga hari di sini adalah sebuah pengalaman yang sangat berharga. Saya mendapat banyak ilmu terutamanya pengetahuan terhadap koperasi. Saya menyertai koperasi sejak di sekolah menengah dan bercita-cita untuk menjadi penyumbang kepada gerakan koperasi di Malaysia setelah tamat belajar nanti.

34 PELANCAR September 2018 34 PELANCAR September 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease