Wadah PELANCAR Edisi September 2018

Projek Wawasan Kedai Koperasi Ke Arah Kedai Koperasi Yang Lebih Proaktif dan Maju

Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI

» Para peserta bergambar bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Perniagaan ANGKASA, Datuk Haji Abdullah Haji Jusoh (depan tengah). Turut sama di dalam gambar ialah Ketua Pegawai Teknologi ANGKASA, Haji Mohd Sofian Osman (depan paling kanan) dan Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Kepimpinan dan Modal Insan Koperasi dan Sektor Pemborongan dan Peruncitan ANGKASA, Haji Anuar Bulin (depan paling kiri).

HAJI MOHAMAD AZMI OMARUDDIN Naib Presiden ANGKASA

Program yang julung kali dianjurkan bagi membantu anggota dan pengurusan koperasi meningkatkan potensi dan keupayaan operasi kedai runcit itu telah dirasmikan oleh Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Inovasi dan Teknologi, Haji Mohamad Azmi Omaruddin. Menurut beliau, objektif utama penganjuran adalah untuk Seramai 60 peserta mewakili 40 buah koperasi sekitar Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang menjalankan perniagaan kedai koperasi menyertai taklimat ‘Program Wawasan Kedai Koperasi’ bertempat di ibu pejabat ANGKASA, Kelana Jaya baru-baru ini.

memperkenalkan inovasi dalam perniagaan kedai runcit koperasi bagi mentransformasikan operasi kedai selain meningkatkan kesetiaan pengguna runcit bagi meningkatkan perolehan koperasi. Katanya, pihak konsultan yang dilantik akan bekerjasama dengan ANGKASA bagi membuat analisis dan tinjauan secara terus dengan koperasi yang terlibat bagi mendapatkan maklumat lebih lengkap ke arah memartabatkan kedai runcit koperasi setaraf kedai-kedai komersil yang lain. Selain itu, ANGKASA juga akan memberi tumpuan kepada beberapa pendekatan baharu dalam usaha untuk menarik minat pelanggan untuk datang membeli di kedai koperasi. Sepanjang berlangsungnya program tersebut, peserta telah diberi pelbagai bentuk maklumat selain berpeluang meluahkan permasalahan dan mencari jalan penyelesaian dalam pengurusan kedai runcit koperasi. Peserta juga turut diperkenalkan dengan produk-produk koperasi lain yang ada di pasaran termasuk produk-produk ‘100 Product Champion’.

» Konsultan, Raja Danir Ikram Raja Shahrome menyampaikan taklimat berkenaan projek wawasan kedai koperasi serta menghuraikan kaji selidik berkaitan projek tersebut kepada para peserta.

36 PELANCAR September 2018 36 PELANCAR September 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease