Wadah PELANCAR Edisi September 2018

Koperasi Sekolah Mampu Jadi Penyelesai Utama Hal Kebajikan Pelajar Salah satu keunikan mengenai Gerakan Koperasi di mana-mana negara adalah keuntungan yang diperoleh melalui aktiviti perniagaan yang telah dijalankan akan disalurkan semula kepada anggota sama ada dalam bentuk wang atau bukan wang. Oleh : NADIAH KAMARUDIN

Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah dalam ucapan beliau ketika merasmikan Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah (AKKS) SMK Jalan Tiga Bandar Baru Bangi pada 17 Ogos lalu berkata, keuntungan yang diraih oleh koperasi sekolah sedikit sebanyak telah mengurangkan kebergantungan pentadbiran sekolah terhadap mana-mana pihak bagi menjalankan program pembangunan sekolah. Beliau turut berkata, kerajaan telah mengambil langkah tepat dengan mengiktiraf kegiatan koperasi sekolah sebagai aktiviti kokurikulum melalui surat siaran yang bertarikh 8 Mei 1976 dan diikuti dengan menggalakkan penubuhan koperasi sekolah melalui surat siaran bertarikh 20 April 1989. » Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah (empat dari kiri) memecahkan bongkah ais sebagai tanda perasmian Majlis AKKS dan Sambutan Jubli Emas Ke-50 Tahun serta Perasmian Coop Niaga Kiosk KOJATI sambil disaksikan oleh Haji Mazwan Johar (tiga dari kiri); Encik Muhamad Hanafiah Baharuddin (dua dari kiri); Penolong Pegawai Pendidikan Teknik dan Vokasional Daerah Hulu Langat, Encik Mohd Fitri Omar (paling kiri) dan Yang Dipertua PIBG SMK Jalan Tiga, Dr Ibrahim Mohamed (dua dari kanan).

» Dato’ Abdul Fattah menunjukkan produk air katira keluaran KOJATI yang telah mula dijual pada bulan puasa tahun ini.

» Persembahan dikir barat oleh pelajar SMK Jalan Tiga menyerikan lagi majlis perasmian.

40 PELANCAR September 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease