Wadah PELANCAR Edisi September 2018

Negeri Sembilan

» Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya (empat dari kiri) bergambar bersama peserta. Peranan Dan Tanggungjawab Koperasi Anggota Baru ANGKASA

» Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah (dua dari kanan) menerima borang keahlian ANGKASA daripada koperasi baru.

Oleh : BADRUL HIZAM MOHD SHAFIEI Pegawai ANGKASA Negeri Sembilan

Kursus Induksi Koperasi Anggota Baru Dan Kempen Keanggotaan ANGKASA 2018 menjadi platform terbaik buat koperasi baharu untuk menimba ilmu dan pengalaman dalam bidang koperasi selain meningkatkan kefahaman anggota terhadap fungsi dan peranan ANGKASA sebagai badan puncak gerakan koperasi di Malaysia.

Justeru, bagi merealisasikan hasrat ANGKASA yang juga berfungsi untuk merangsang dan membangunkan perniagaan koperasi, seramai 26 peserta daripada 11 buah koperasi telah mengikuti kursus berkenaan bagi Peringkat Negeri Sembilan di Seremban 2, Negeri Sembilan. Kursus tersebut bermatlamat untuk memberi pendedahan dan maklumat mengenai aktiviti dan perkhidmatan yang disediakan oleh ANGKASA kepada koperasi anggota baharu serta memberi penerangan mengenai tanggungjawab dan peranan yang perlu dimainkan. Sebanyak empat kertas kerja dibentangkan iaitu “Hala Tuju Dan Perkhidmatan ANGKASA Dan Hak Serta Tanggungjawab Anggota ANGKASA” oleh Penolong Pengurus

Unit Keahlian & Perhubungan Ahli, Bahagian Sekretariat ANGKASA, Encik Abd. Wahab Alias; “Program Pembangunan Perniagaan Koperasi” oleh Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Negeri Sembilan, Encik Mohd Firdaus Shaari; “Infaq Lil-Waqf” oleh Pegawai Bahagian Pengurusan Dan Pembangunan Syariah ANGKASA, Encik Abdul Hafis Mohd Saiden dan “Taklimat Produk Dan Perkhidmatan” oleh Pegawai Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA (KOPSYA), Encik Razak Osman. Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya manakal majlis perasmian disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Sembilan, Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah.

September 2018 PELANCAR

43

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease