Wadah PELANCAR Edisi September 2018

Sarawak

96 Pasukan Sertai Kejohanan Petanque Sarawak 2018

Oleh : GEORGE AIMAN MILLIN Pengurus Negeri ANGKASA Sarawak

Sebanyak 96 buah pasukan mengambil bahagian dalam Kejohanan Petanque Peringkat Negeri Sarawak 2018 di Arena Bintangor, Sarikei melibatkan penyertaan seramai 333 peserta.

» Majlis perasmian dan taklimat kejohanan kepada peserta.

Kejohanan kali ini menyaksikan Koperasi PIBG SK Agama Sibu memenangi kategori koperasi dewasa lelaki. Tempat kedua menjadi milik Koperasi OPAH Sri Aman Berhad. Tempat ketiga milik Koperasi Komuniti Penternak dan Usahawan Santubong Berhad manakala tempat keempat disandang oleh Koperasi Rayyan Saratok Berhad. Koperasi Komuniti Penternak dan Usahawan Santubong Berhad dinobatkan sebagai juara untuk koperasi dewasa kategori wanita, Tempat kedua dimenangi Koperasi Pembangunan Saratok Berhad. Tempat ketiga dimenangi oleh Koperasi Rakyat Sibu Berhad dan tempat keempat pula menjadi milik Koperasi OPAH Sri Aman Berhad. Juara bagi Koperasi Sekolah Kategori Lelaki pula disandang oleh Koperasi SMK Kemena Bintulu Berhad. Tempat kedua oleh Koperasi SMK

Sementara itu, juara bagi Koperasi Sekolah Kategori Wanita menjadi milik Koperasi SMK Bm Saratok Berhad. Tempat kedua oleh Koperasi SMK Kai Chung Bintangor Berhad. Tempat ketiga oleh Koperasi SMK Matang Hilir Kuching Berhad dan tempat keempat oleh Koperasi SMK Sibu Jaya Berhad. Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi ANGKASA Negeri Sarawak, Encik Redwan Abdullah mewakili Pengerusi JPAN Sarawak, Haji Usuf Haji Samah. Turut hadir ialah barisan Ahli Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Sarawak.

Sri Sadong, Simunjan Berhad. Tempat ketiga oleh Koperasi SMK Bm Saratok Berhad dan tempat keempat oleh Koperasi SMK Kubong Limbang Berhad.

» Johan koperasi dewasa, Koperasi PIBG SK Agama Sibu Berhad.

» Johan koperasi sekolah, Koperasi SMK Bm Saratok Berhad.

44 PELANCAR September 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease