Selangor
Platform Terbaik Gilap Pemain Bertaraf Kebangsaan Kejohanan Petanque ANGKASA Negeri Selangor 2018 Oleh : NOR AZAH ABD. AZIZ
Semua pihak diharap supaya terus memberi sokongan secara padu kepada sukan Petanque supaya penggiat sukan tersebut dapat menempa kejayaan dan berjaya ke peringkat yang lebih tinggi bukan sahaja di peringkat tempatan malah ke luar negara.
Sukan petanque lebih bersifat sukan komuniti, yang menekankan prinsip koperasi keenam iaitu kerjasama antara koperasi. Namun sekiranya pemain berlatih dan terus berjuang meningkatkan tahap permainan, tidak mustahil mereka akan dapat mewakili negara dalam kejohanan di peringkat lebih tinggi pada masa hadapan. Pegawai Dasar Kepada EXCO Kerajaan Negeri, Haji Amidi Dato’ Abdul Manan yang mewakili Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi & Inovasi, Prof. Dr. Saharudin Badaruddin, hadir merasmikan Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Negeri Selangor pada Julai lalu di Arena Petanque, Majlis Daerah Kuala Selangor. Katanya, usaha pihak ANGKASA menganjurkan kejohanan tersebut amat dihargai dan diharap berjaya melahirkan lebih ramai pemain yang dapat mengharumkan nama negeri dan negara secara amnya.
Sementara itu, menurut Presiden ANGKASA, Dato Abdul Fattah Haji Abdullah, sukan Petanque sejajar dengan konsep koperasi yang mementingkan kerjasama berpasukan
antara anggota dalam mencapai kemenangan. Justeru, bagi meningkatkan kemahiran anggota dengan permainan itu, beliau menyarankan agar setiap sekolah seharusnya mempunyai gelanggang petanque sendiri. Turut hadir ialah wakil Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Selangor, Puan Naidatul Shima Anuar, wakil Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Selangor, Datin Nor Faridah A. Bakar dan barisan Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Selangor.
September 2018 PELANCAR
45
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease