Pahang
» Johan pasukan koperasi dewasa dan sekolah kategori lelaki.
ANGKASA Pahang Zon 2 Juara Keseluruhan Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Negeri Pahang 2018
Oleh : NURUL ASHIKIN MOHD JAIS Pegawai ANGKASA Negeri Pahang Zon 3
ANGKASA Negeri Pahang Zon 2 dinobatkan sebagai juara keseluruhan Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Negeri Pahang 2018 selepas berjaya mencipta kemenangan dalam beberapa kategori yang dipertandingkan. Kejohanan yang berlangsung di SMK Seri Bentong, Pahang itu dimeriahkan dengan penyertaan 12 pasukan yang mewakili tiga Zon (Zon 1, 2 dan 3). Setiap kumpulan dipecahkan mengikut kategori iaitu dewasa lelaki dan wanita termasuk kategori yang sama untuk pasukan sekolah. Bagi kategori lelaki untuk pasukan koperasi dewasa, pasukan Koperasi SMK Mengkarak Berhad dari Zon 2 dinobatkan sebagai johan manakala tempat kedua dimenangi oleh pasukan Koperasi FELDA Mempaga 3 Berhad dari Zon 3 dan Koperasi UNITEN Khas Berhad dari Zon 1 di tempat ketiga. Sementara itu, Koperasi Keluarga Nikmat Kuantan Berhad dari Zon 1 diumumkan sebagai johan bagi kategori wanita koperasi dewasa. Tempat kedua milik pasukan Koperasi Pembangunan Daerah Bentong Berhad dari Zon 3 dan Koperasi Mukim Songsang Temerloh Berhad dari Zon 2 di tempat ketiga.
Johan bagi kategori sekolah (lelaki) pula disandang oleh Koperasi SMK Jengka Pusat dari Zon 2. Koperasi Pendidikan Khas Vokasional Kuantan Berhad dari Zon 1 (tempat kedua) dan pasukan KVTAA Bentong Berhad dari Zon 3 menduduki tempat ketiga. Sementara itu, bagi pasukan koperasi sekolah kategori perempuan pula, Tempat pertama disandang oleh Koperasi SMK Seri Bentong Berhad dari Zon 3. Koperasi SMK Bukit Sagu Berhad dari Zon 1 (tempat kedua) dan Koperasi SMK Seri Tualang Berhad dari Zon 2 (tempat ketiga). Para pemenang atau johan bagi setiap kategori untuk pasukan koperasi dewasa dan sekolah, menerima hadiah wang tunai, medal, piala iringan dan sijil penyertaan manakala naib johan dan tempat ketiga menerima hadiah wang tunai dan medal. Hadir memeriahkan kejohanan tersebut ialah Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah; Pengerusi Perhubungan ANGKASA Negeri Pahang Zon 3, Dato Syed Ali Syed Mohammad; Pengerusi Perhubungan ANGKASA Negeri Pahang Zon 2, Haji Mansor Ab Rahman; Pengetua SMK Seri Bentong, Encik Khatamarazi Mohd Ghaus dan barisan Ahli Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Pahang.
46 PELANCAR September 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease