Wadah PELANCAR Edisi September 2018

Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI

Koperasi Iman Lancar

Laman e-Dagang

» Terdapat empat jenis perisa serunding i-man FARM® seperti Serunding Ayam, Serunding Daging, Serunding Tuna dan Serunding Ketam.

» Prof Madya Dr. Haji Mohd Sharifudin (dua dari kiri) diiringi Setiausaha koperasi, Haji Mohamad Azmi Omaruddin (dua dari kanan) dan ALK merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja ICT Koperasi Iman, Haji Y Hamdan Mohd Dom (paling kiri) merasmikan emanz .

» Prof Madya Dr. Haji Mohd Sharifudin sewaktu mempengerusikan mesyuarat.

» Barisan Anggota Lembaga Koperasi Iman.

Selaras dengan usaha berterusan untuk meningkatkan perolehan jualan produk dan perkhidmatan koperasi, Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad (Koperasi Iman) telah melancarkan platform e-dagang yang dikenali sebagai emanz.

Laman sesawang tersebut yang lengkap dengan sistem pembelian secara atas talian dibuka kepada semua anggota, individu bukan anggota, koperasi- koperasi dan juga syarikat yang menjalankan aktiviti perniagaan. emanz dirasmikan oleh Pengerusi Koperasi Iman, Prof Madya Dr. Haji Mohd Sharifudin Yusof dalam satu majlis makan malam bersempena Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-29, Perwakilan Kali Ke-21 Koperasi Iman di Hotel Tenera, Bangi.

Menurut Dr. Haji Mohd Sharifudin, emanz merupakan sebahagian daripada program pengantarabangsaan produk dan perkhidmatan Koperasi Iman khususnya produk i-man FARM yang tersenarai dalam kategori ‘100 Product Champion’ seperti serunding yang telah mendapat tempat di pasaran China dan Arab Saudi termasuk di negara-negara ASEAN yang lain seperti Thailand dan Brunei Darussalam. Koperasi Iman juga turut melancarkan wajah baharu laman sesawangnya iaitu www.koiman.com.my yang lebih interaktif dan mesra pengguna selain memiliki aplikasi langganan produk Koperasi Iman secara atas talian.

48 PELANCAR September 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease