Wadah PELANCAR Edisi September 2018

Oleh : MUHAMMAD AFNAN HASIM Pensyarah Maktab Koperasi Malaysia (MKM)

» Peserta bergambar kenangan di Hadapan Galeri SIRIM Berhad

PUPUK BUDAYA KREATIVITI DAN INOVASI DI KOPERASI

Pusat Pengurusan Perniagaan, Maktab Koperasi Malaysia (MKM) telah menganjurkan Kursus Membina Kreativiti dan Inovasi Di Dalam Perniagaan. Program yang telah dijalankan selama tiga hari ini banyak memberi pendedahan dan kefahaman baharu kepada koperator. Aspek kreativiti dan inovasi dalam sesebuah perniagaan merupakan perkara yang penting pada masa kini seiring dengan perkembangan teknologi semasa. Hasil inovasi yang penting mampu memberi pulangan yang baik kepada sesebuah koperasi. Budaya kreativiti dan inovasi yang wujud di koperasi juga dapat membantu menaikkan lagi imej koperasi pada peringkat yang lebih tinggi.

» Aktiviti reka cipta dari produk sedia ada

50 PELANCAR September 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease