Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan konsep kreativiti dan inovasi dalam perniagaan dan bagi meningkatkan kefahaman tentang kaedah membangunkan perniagaan koperasi melalui pemikiran yang kreatif. Peserta adalah terdiri daripada Anggota Lembaga Koperasi (ALK), Pengurusan Koperasi, Jawatankuasa Audit Dalaman Koperasi, Jawatankuasa Kecil Koperasi, Anggota Koperasi dan Individu yang berminat. Selain aspek teori, peserta juga turut didedahkan dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dalam melahirkan individu yang kreatif. Antaranya seperti reka cipta produk dari sumber sedia ada. Setelah selesai penghasilan produk, peserta diminta untuk membuat pembentangan di hadapan peserta lain tentang produk yang dihasilkan dengan mengambil kira nama produk, fungsi produk, harga produk dan sebagainya.
Peserta juga turut dibawa ke SIRIM Berhad di Shah Alam bagi mendengar dan melihat sendiri produk-produk inovasi yang ada serta menambah pengetahuan tentang peranan SIRIM Berhad dalam membantu sesebuah perniagaan. Akhir kata, diharapkan segala ilmu pengetahuan yang ditimba dan diperolehi sepanjang berlangsungnya kursus atau program ini akan
digunakan dengan sebaiknya oleh para
peserta dan seterusnya dapat meningkatkan lagi prestasi koperasi pada masa akan datang. Koperasi yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai program seperti ini atau menyertai kursus di bawah Pusat Pengurusan Perniagaan, MKM boleh menghubungi talian 03-7964 9000 atau di alamat email perniagaan@mkm.edu. my.
» Peserta sedang membuat pembentangan di hadapan para peserta kursus
» Peserta sedang diberikan taklimat oleh pegawai dari SIRIM Berhad
September 2018 PELANCAR
51
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease