Projek Tanaman Halia Fertigasi Manfaat Ruang Bawah Panel Solar ANGKASA Program tanaman halia di bawah panel solar ANGKASA di Sungai Tiang, Pendang, Kedah kini berjalan mengikut perancangan di samping melayakkan ANGKASA untuk menerima insentif kadar harga elektrik kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui Mekanisma Tarif Galakan (FiT) seperti yang telah digariskan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia. Menurut Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah, pendekatan itu juga selari dengan matlamat pembangunan bersepadu antara Sektor teknologi dan Inovasi dan Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani ANGKASA dengan menempatkan tanaman halia secara fertigasi oleh Koperasi Konsortium Tanaman Padi Kedah Berhad dengan kerjasama Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Daerah Pendang Selatan. Tanaman halia dipilih berasaskan kepada hasil kajian selain tahap kesesuaian serta keserasiannya untuk ditanam di bawah panel solar. Katanya, program tanaman halia tersebut selain dapat memberi pulangan kepada koperasi, projek yang diuruskan oleh anak syarikat ANGKASA iaitu MyANGKASA Services Sdn. Bhd. itu juga boleh dijadikan sebagai pusat rujukan kepada mana-mana koperasi atau anggota yang ingin mendapatkan sumber serta maklumat berkaitan projek seumpamanya. Sementara itu, Timbalan Presiden ANGKASA yang juga merupakan Pengerusi MyANGKASA Services Sdn. Bhd., Dato’ Haji Kamarudin Ismail berkata, projek tanaman halia tersebut menggunakan konsep ‘Mentor- Mentee’. Mentor adalah PPK Pendang Selatan manakala Mentee adalah Konsortium Koperasi Tanaman Padi Kedah Berhad. Sebagai permulaan, sebanyak dua ribu polibeg disediakan bagi tujuan tersebut dan setiap polibeg mampu menghasilkan halia seberat antara 2.5 kilogram hingga tiga kilogram. Hasil tuaian sulung dijangka dapat direalisasikan November ini dengan anggaran tuaian sebanyak
» Pengurus Besar Lembaga Pertubuhan Peladang Pendang Selatan, Encik Shaifulanuar Ibrahim (tengah) memberi penerangan tentang benih halia.
Dato’ Haji Kamarudin Ismail Timbalan Presiden ANGKASA
lima atau enam metrik tan dan kesemuanya telahpun ditempah oleh pihak PPK bagi memenuhi permintaan di pasaran tempatan. PPK Pendang Selatan juga akan mewujudkan sebuah pusat pengumpulan bagi melancarkan operasi sekaligus memastikan hasil tanaman boleh dipertingkat dan berupaya memberikan impak positif kepada program pembangunan pertanian dan industri asas tani melalui sektor koperasi.
52 PELANCAR September 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease