» Proses perahan susu yang dijalankan di Ladang Ternakan Lembu Tenusu KOMARDI di Kampung Gadong, Rembau.
» Rumput Alfafa yang diimport oleh KOMARDI.
» Lembu yang diimport dari New Zealand akan disenyawakan di bawah Projek Heifers Park.
» Ladang Satelit National, Kampung Semerbok.
Park yang dibentuk menerusi kerjasama antara ANGKASA DAN KOMARDI. Projek itu juga dapat dilaksanakan dengan kerjasama kepakaran daripada National Agriculture Federation Cooperatives dari Korea Selatan, National Animal Embryo Centre (NAEC) serta KOMARDI. Projek “Heifers Park” adalah projek pengeluaran anak lembu tenusu dara pengganti bunting komposisi baka kacukan 5/8 Friesian Jersey yang berkualiti tinggi. Ca dangan pembangunan projek tersebut adalah bagi memenuhi permintaan penternak lembu tenusu di Malaysia yang sebelum ini banyak mengimport lembu dari negara luar seperti Australia, New Zealand dan Thailand.
Objektif Projek Heifers Park ialah:
i. Mengeluarkan baka ternakan lembu tenusu yang mengeluarkan hasil susu yang tinggi serta tahan dengan iklim serta persekitaran negara ini melalui kaedah permanian beradas; ii. Merangka sistem pengkalan data yang lengkap bagi setiap ekor baka lembu tenusu yang dikeluarkan oleh Ladang Heifers Park; iii. Menyediakan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang lengkap dan baik khusus bagi ladang ternakan lembu tenusu milik koperasi; dan iv. Pengeluaran semen berkualiti tinggi dalam negara melalui kerjasama NAEC. Projek Heifers Park ini diharap dapat mewujudkan peluang perniagaan baharu kepada koperasi yang mempunyai dana dan tanah yang bersesuaian. Di samping itu, koperasi juga berpeluang untuk terlibat dalam penternakan anak lembu mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh projek ini dan seterusnya meningkatkan penghasilan baka lembu yang berkualiti tinggi.
September 2018 PELANCAR
55
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease