PELANCONGAN KOPERASI DI MELAKA Perkasa
Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI
» Ketua Menteri Melaka, YAB Haji Adly Zahari berbincang tentang peranan dan peluang yang boleh diberikan kepada koperasi bersama Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah.
Koperasi-koperasi disaran supaya dapat memanfaatkan kelebihan yang ada di negeri Melaka sebagai sebuah destinasi pelancongan terkenal dengan menjalankan aktiviti perniagaan berasaskan industri tersebut kepada pelancong tempatan dan luar negara.
Ketua Menteri Melaka, YAB Haji Adly Zahari berkata, kelebihan tersebut sekiranya dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya, sektor koperasi khususnya di negeri Melaka mampu berkembang selain dapat membantu kerajaan negeri dalam meningkatkan sosioekonomi masyarakat, negeri dan negara secara amnya.
Menurut beliau, sebagai sebuah badan puncak gerakan koperasi negara, ANGKASA mampu bertindak sebagai penggerak dan pemudahcara kepada lebih banyak lagi program pembangunan perniagaan berasaskan pelancongan untuk membantu koperasi-koperasi yang berminat.
4 PELANCAR September 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease