Wadah PELANCAR Edisi September 2018

» Dato’ Abdul Fattah turut mengadakan kunjungan ringkas bertemu TYT Yang di- Pertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil Yaakob. Turut sama ialah Penasihat Korporat ANGKASA (Sektor Kerajaan), Datuk Ahmad Jamil Hashim (kiri).

Beliau berkata demikian sewaktu mengadakan perbincangan bersama Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah yang mengetuai kunjungan hormat delegasi ANGKASA ke Pejabat Ketua Menteri di Seri Negeri, Ayer Keroh Melaka, 25 Julai lalu. Antara delegasi yang hadir dalam kunjungan tersebut ialah Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan; Pengerusi ANGKASA Negeri Melaka, Haji Muslim Md Shah; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya; Ahli-Ahli Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri dan pegawai ANGKASA Negeri Melaka.

» Majlis penyerahan zakat perniagaan ANGKASA disampaikan oleh Dato’ Abdul Fattah yang mewakili ANGKASA kepada Pusat Zakat Negeri Melaka yang diwakili YAB Ketua Menteri Melaka. Turut sama dalam sesi penyerahan tersebut ialah Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (dua dari kanan) dan Haji Muslim Md Shah (paling kanan).

Menerusi perbincangan tersebut, Dato’ Abdul Fattah turut berkongsi beberapa pendekatan dan pandangan yang dirasakan dapat membantu koperasi di negeri Melaka untuk terus maju dan berdaya saing dengan sokongan kerajaan negeri. Turut berlangsung sebelum itu adalah Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Negeri Melaka Bagi Tahun 2017 yang juga berlangsung di tempat yang sama. Pada majlis tersebut, ANGKASA Negeri Melaka turut menyampaikan zakat berjumlah RM51,724.73.

» Delegasi ANGKASA bergambar bersama Ketua Menteri Melaka, YAB Haji Adly Zahari (lima dari kiri).

September 2018 PELANCAR

5

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease