Wadah PELANCAR Edisi Julai 2018

JOM JOIN ANGKASA

Keistimewaan Menjadi Ahli ANGKASA

PENDIDIKAN / LATIHAN • Kursus / Seminar / Konvensyen / Bengkel • Majalah PELANCAR PEMBANGUNAN PERNIAGAAN • Bengkel Teknik Usahawan • Khidmat Senggara Pra Audit-Sistem Pengurusan Berkomputer ANGKASA (SPBA) • Barangan untuk Koperasi Sekolah (Busana) • My ANGKASA Mobile (Telekomunikasi) • Pusat Dialisis • Farmasi PERKHIDMATAN PEMBIAYAAN • Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA (KOPSYA) • Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) - Kiosk - Sistem Penilaian Kredit ANGKASA-RAMCI (SpeKAR) • Pengurusan Wasiat dan Harta Pusaka GALAKAN PENUBUHAN KOPERASI

PERKHIDMATAN SOSIAL DAN PERLINDUNGAN • ANGKASA Wakil Amil Koperasi • Sijil Pematuhan Syariah • Infaq Lil-Waqf • Pusat Jagaan Darul Sakinah • Zakat • Pinjaman Pendidikan Yayasan ANGKASA • Akademi & Resort Langkawi • Umrah Koop

Syarat Keahlian 1. Keahlian terbuka kepada semua koperasi 2. Fi masuk sahaja yang dikenakan:

Kop. Dewasa (RM)

Kop. Sekolah (RM)

Kop. Asas

100.00 200.00 300.00

30.00 50.00

Kop. Menengah

Kop. Atasan

100.00

3. Dokumen yang diperlukan: • Borang permohonan • Sijil Pendaftaran Koperasi

• Koperasi Kariah Masjid • Konsortium Koperasi

- Penanaman Padi - Penternakan Ikan

• Undang-undang Kecil Koperasi • Borang Maklumat ALK / JAD (Borang boleh dimuat turun di laman web www.angkasa.coop)

PERKHIDMATAN ICT • Pembinaan Laman Web Koperasi • Web TV ANGKASA • Sistem Pendaftaran & Kira Undi Digital • e-dagang dan e-niaga • Sistem Pengurusan Berkomputer (SPBA)

Sebarang pertanyaan, sila hubungi : Unit Perhubungan Keahlian Talian : 03-7800 7884 / 7841 / 03-7884 6453 Faks : 03-7804 2315 E-mel : urusetia@angkasa.coop

DARI MEJA PRESIDEN

SIDANG PENGARANG

Presiden Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah

Naib Presiden Datuk Haji Mohamad Ali Hasan Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail Haji Mohamad Azmi Omaruddin Dr. Mohd. Azlan Yahya Panel Penasihat Editorial Dato’ Haji A. Aziz Deraman Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA) Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah

Salam Sejahtera

Kemahiran teknologi merupakan sebahagian daripada pendekatan ilmu yang harus dimiliki oleh sesiapa sahaja bagi membantu melancarkan atau memudahkan aktiviti perniagaan koperasi. Semakin canggih sesebuah sistem yang diguna pakai, semakin cekap operasi dapat dijalankan. Kita pasti akan mengalami kesukaran untuk memahami sistem dan teknologi terkini serta keupayaan mereka mengguna pakai alatan digital dan integrasi berkemahiran tinggi sekiranya tidak mengikuti arus perkembangan teknologi selain tidak memiliki asas pengetahuan dalam pengurusan teknologi berkaitan. Sebagai contoh, terdapat beberapa perkara dalam pengurusan sektor perniagaan yang melibatkan platform e-perkhidmatan. Kebanyakan platform yang dibangunkan seperti pengurusan pelayan web, telekomunikasi, platform pembayaran, insurans, permit dan sebagainya kini disediakan dalam bentuk elektronik. Selain itu, perkembangan teknologi mesin juga dilihat semakin pesat sehingga berupaya melonjakkan pengeluaran berkali ganda dengan kos yang lebih rendah. Namun, apabila kesemuanya memerlukan pengetahuan dan kemahiran yang tinggi seperti pengetahuan komputer, elektronik dan sebagainya, ia akan menyukarkan individu yang tidak mahir dalam teknologi tersebut untuk berurusan atau menggunakan mesin canggih tersebut dan akhirnya akan melambatkan perjalanan sesebuah aktiviti serta merencatkan pertumbuhan ekonomi koperasi itu sendiri dalam jangka masa panjang. Tanpa kita sedari, kealpaan kita terhadap perkembangan teknologi dalam perniagaan boleh mengakibatkan kesan terhadap jualan kerana semakin canggih teknologi yang digunakan oleh pesaing, semakin rendah kos sesuatu produk atau perkhidmatan dapat dihasilkan dan akhirnya mereka mampu menguasai pasaran dengan kualiti produk atau perkhidmatan yang lebih baik bersama harga tawaran yang lebih murah. Sebagai sebuah organisasi yang dinaungi oleh ramai individu, penguasaan teknologi oleh koperasi dilihat sangat penting bagi memastikan rangkaian komunikasi dan informasi dapat dihubungkan secara lebih meluas dan pantas. Menerusinya, kos operasi bukan sahaja boleh dijimatkan, malah koperasi juga mampu menggandakan maklumat perniagaan kepada pelbagai rangkaian bagi membantu mempromosikan produk atau perkhidmatan yang ingin ditawarkan. Justeru, anggota koperasi khususnya Anggota Lembaga Koperasi perlu sentiasa peka dengan perkembangan teknologi dalam perniagaan selain meningkatkan pemahaman terhadap amalan tadbir urus yang selari dengan kemajuan masa kini demi kejayaan dan kelestarian perniagaan koperasi.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Haji Nasir Khan Yahaya

Pengurus Besar Bahagian Sekretariat Halim Haji Ibrahim

Pengurus Mohd Zakuan Azmi

Penolong Pengarang Nor Azah Abd. Aziz Wan Adlina Wan Ab. Aziz

Pereka Grafik Faizatulliza Mohd. Nor

Pemberita / Jurugambar Rahmat Mohd. Did Aizal Azizan Sajari Pruf Dan Rekaletak Haji Anuar Ismail Datin Hajah Fauziah Zainal

Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Sekretariat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com

Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd.

Julai 2018 PELANCAR

1

JULAI 2018

IFTAR RAMADAN & HARI RAYA AIDILFITRI 15 Iftar Dan Ramadan 1430H 22 Bubur Lambuk 24 Semarak Cintakan Al-Quran 26 Selamat Hari Raya KOPERASI 30 Ditawar Sertai Rangkaian Coop Farmasi 32 Koperasi Ceburi Bidang Ekonomi Digital 33 Peneraju Dalam Perniagaan Digital 44 ANGKASA Terajui CSR Koperasi Bantu Masyarakat Islam Kemboja

6

KETERANGAN GAMBAR KULIT DYMM Paduk Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah bergambar bersama Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah (dua dari kanan), Haji Mohd Rosli Haji Basri (paling kanan) dan YB Ahmad Faisal Azumu (kiri sekali) di Majlis Penyerahan Zakat ANGKASA Negeri Perak Foto Oleh : MOHD ZAKUAN AZMIuan

PERKEMBANGAN SEKTOR 40 Sektor Pembangunan

Hartanah - REIT : Cabaran Baru Koperasi Dalam Pelaburan Hartanah

JENDELA 4

KOPERASI SEKOLAH 50 Koperasi Bangunkan Modal Insan Pelajar 52 Berbelanja Di Kedai Koperasi Bantu Tingkatkan Perolehan Koperasi

Majlis Penyerahan Zakat Negeri Perak

ANGKASA 6

54

Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan ANGKASA Negeri Johor dan Pahang

8

Koperasi Bantu Memartabat Institusi Zakat 10 Wawancara Khas Bersama Datuk Haji Mohamad Ali Hasan : Melestari Pengurusan Zakat Koperasi 12 ANGKASA Bantu Koperasi Melunaskan Tanggungjawab Berzakat 36 ‘Ibadah Bersama Manfaat Semua’ 42 KPF Disaran Beli Rumah Kedai - Coop City

2 PELANCAR Julai 2018

25

53

54 Kit Simulasi Perniagaan Mikro Untuk Koperasi Sekolah RENCANA 46 Prestasi Tadbir Urus Koperasi Di Malaysia COOP MALAYSIA 58 IFFCO on School Co-op: ‘We want to learn more’ 60 INTERVIEW: “Those who want to oppress youth are always wrong” – ICA Global Youth President 62 Be an exceptional employee by following these 8 simple things PENGANTARABANGSAAN KOPERASI 63 Koperasi Perlu Tingkat Usaha Jaga Imej Industri Sawit

42

57

59

Diterbitkan Oleh: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Wisma Ungku A. Aziz Jalan SS 6/1, Kelana Jaya

47301 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan.

Alamat Perhubungan: Wisma Ungku A. Aziz Jalan SS 6/1, Kelana Jaya

Peti Surat 8797, Pejabat Pos Kelana Jaya 46798 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Telefon: 03-7806 1977 Faks: 03-7806 1506 E-Mel: apex@angkasa.coop Laman Web: www.angkasa.coop

@ANGKASACoop

20

Julai 2018 PELANCAR

3

Jendela

4 PELANCAR Julai 2018

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan menerima mengadap menyempurnakan Majlis Penyerahan Cek Zakat Perniagaan ANGKASA Negeri Perak bagi tahun 2017 berjumlah RM177,233.26 yang diwakili Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah. Turut sama menyaksikan majlis penyerahan tersebut ialah Menteri Besar Perak, YAB Ahmad Faisal Azumu (sebelah kanan baginda) dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Darul Ridzuan, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin (sebelah kiri baginda). Wakil ANGKASA yang turut hadir di majlis tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Perak, Haji Mohd Rosli Haji Basri dan Pengurus Besar Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA, Haji Azhar Hamzah.

Julai 2018 PELANCAR

5

Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan ANGKASA Negeri Pahang » Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan ANGKASA bagi Negeri Pahang yang disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah. Zakat Perniagaan ANGKASA bagi Negeri Pahang tahun 2017 sebanyak RM148,632.53 itu telah disampaikan oleh Timbalan Presiden ANGKASA, Haji Mutadho Bahri dalam satu majlis yang berlangsung di Istana Abdul Aziz, Bukit Istana Kuantan, 6 Jun lalu.

Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan ANGKASA Negeri Johor » Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan ANGKASA Negeri Johor bagi tahun 2017 sebanyak RM139,048.24 telah disempurnakan oleh Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Osman Sapian. Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan telah mewakili ANGKASA bagi menyampaikan zakat tersebut. Majlis tersebut yang berlangsung di Kediaman Rasmi Menteri Besar Johor, Saujana turut bersekali dengan majlis berbuka puasa dan penyampaian bantuan kepada golongan fakir dan miskin.

6 PELANCAR Julai 2018

Koperasi Bantu Tingkat Pembangunan Sosioekonomi Zakat

Fungsi zakat itu sendiri dalam membantu golongan asnaf yang memerlukan jelas menggambarkan pendekatan yang sama dengan prinsip koperasi ketujuh iaitu ‘Berprihatin Terhadap Masyarakat’. Di sebalik usaha ANGKASA untuk terus membantu memartabatkan fungsi serta peranan institusi zakat di Malaysia, pelbagai usaha telah dijalankan bagi meyakinkan kerajaan khususnya Majlis Agama Islam Negeri-Negeri dan Pusat Zakat Negeri untuk melantik ANGKASA sebagai wakil amil zakat yang sah dan diiktiraf. Perkembangan sektor-sektor perniagaan koperasi di Malaysia yang semakin pesat dan ada di antaranya yang telah mengembangkan sayap pasaran ke negara-negara luar telah berjaya membantu meningkatkan hasil perolehan koperasi sekaligus meningkatkan jumlah zakat.

DATO’ ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH Presiden ANGKASA

Alhamdulillah, ANGKASA kini merupakan satu-satunya wakil amil bagi melaksanakan pengurusan kutipan zakat oleh 14 buah negeri. Keyakinan koperasi terhadap peranan ANGKASA sebagai wakil amil zakat koperasi juga semakin meningkat apabila berjaya merekodkan peningkatan jumlah kutipan zakat perniagaan koperasi sejak dari awal penubuhannya pada tahun 2010. Bilangan koperasi yang membayar zakat perniagaan mereka menerusi ANGKASA pada tahun lalu sahaja adalah sebanyak 1,265 buah dengan jumlah kutipan mencecah RM4,542,698.42 berbanding hanya 900 buah koperasi dengan jumlah kutipan sebanyak RM3,654,128.60 pada tahun sebelumnya.

» Penyerahan zakat oleh Koperasi Kakitangan Petronas Berhad.

Julai 2018 PELANCAR

7

» Pengerusi JPAN Negeri Sembilan merangkap Pengerusi Koperasi Astana Raja Berhad dan Koperasi Guru Melayu Negeri Sembilan Berhad, Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah (tiga dari kanan) membuat gimik penyerahan zakat kepada Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah (tiga dari kiri) di mana Koperasi Astana Raja Berhad telah menyumbang sebanyak RM9,313.91 dan Koperasi Guru Melayu Negeri Sembilan menyumbang RM16,661.44 sambil disaksikan oleh Naib-Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (dua dari kiri) dan Dr. Mohd Azlan Yahya (dua dari kanan); Setiusaha Eksekutif ANGKASA, Encik Mohammad Zamri Yaacob (kanan sekali) dan Penasihat Korporat Sektor Koperasi ANGKASA, Datuk Haji Md. Yusof Haji Samsudin (kiri sekali).

ANGKASA juga telah diberi mandat dari negeri Selangor dan Johor untuk membuat tafsiran zakat harta selain zakat perniagaan koperasi. Justeru, bagi negeri Selangor dan Johor yang ingin mendapat tafsiran dan penerangan berkaitan potongan gaji zakat secara berskala bolehlah menghubungi Unit Pengurusan & Pembangunan Zakat ANGKASA di talian 03-78846789. Justeru, sokongan padu koperasi untuk bersama-sama ANGKASA dalam memartabatkan institusi zakat amat diperlukan bagi merealisasikan matlamat meningkatkan kesejahteraan ummah di negara ini. Semoga segala usaha dan niat murni semua pihak yang terlibat akan mendapat ganjaran yang sewajarnya di sisi Allah SWT, Insya-Allah.

Pelbagai inisiatif dan program berkaitan zakat telah disusun dan dilaksanakan oleh ANGKASA dari semasa ke semasa menerusi peranan Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA. Bahagian tersebut berfungsi secara langsung memberi perkhidmatan untuk membantu koperasi melaksanakan tanggungjawab berzakat di bawah satu bumbung selain memberi panduan secara lebih jelas dan terperinci tentang kaedah pengurusan pengiraan zakat koperasi. Menerusi peranan yang dijalankan, ANGKASA kini semakin melengkapi matlamatnya selaku badan puncak gerakan koperasi di Malaysia yang mahu menzahirkan tanggungjawab kepada koperasi meliputi segenap aspek termasuk pengurusan syariah.

» Penyerahan zakat oleh Koperasi Serbaguna FELDA Gunung Besout 1 Berhad..

» Penyerahan zakat oleh Koperasi Pekerja-Pekerja Kumpulan Sokongan Berhad.

8 PELANCAR Julai 2018

ZAKAT PERNIAGAAN ANGKASA DARI TAHUN 2010 - 2017

RM 2, 032, 477.56

RM 1, 833, 092.28

RM 1, 740, 895.09

RM 1, 561, 602.17

RM 1, 413, 906.05

2, 000, 000

RM 1,339, 270.33

RM 1, 263, 933.74

1, 750, 000

RM 1, 053, 403.26

1, 500, 000

1, 250, 000

1, 000, 000

750, 000

500, 000

250, 000

0

2010 2011

2012

2013

2014

2015

2016

2017

PENCAPAIAN UNIT PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN ZAKAT ANGKASA

Anugerah Ejen Zakat Terbaik (Kutipan Dan Pembayar Tertinggi) Kategori Amil Mata/ Profesional pada tahun 2011 oleh Pusat Zakat Melaka. Anugerah Komitmen Terbaik Kategori Ejen Syarikat dan Agensi pada tahun 2011 oleh Lembaga Zakat Selangor. Anugerah Pengurusan Zakat melalui Ejen Syarikat dan Agensi Kategori Peratus Prestasi Kutipan Terbaik pada tahun 2012 oleh Lembaga Zakat Selangor. Anugerah Komitmen Terbaik Kategori Ejen Korporat pada Tahun 2014 oleh Lembaga Zakat Selangor. Anugerah Zakat Kebangsaan Kategori Syarikat Awam Berhad pada tahun 2017 oleh Jabatan Perdana Menteri.

Julai 2018 PELANCAR

9

Wawancara Khas Bersama Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA Melestari Pengurusan Zakat Koperasi

Sepanjang lapan tahun penglibatan ANGKASA dalam hal ehwal zakat koperasi, boleh Datuk berikan sedikit ulasan terhadap perkembangan Unit Pengurusan Dan Pembangunan Zakat ANGKASA pada masa kini. Alhamdulillah, tadbir urus yang dijalankan oleh unit tersebut yang berada di bawah tadbiran Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA telah mencapai fasa kematangan yang boleh dibanggakan. Perkembangan paling ketara adalah dari segi jalinan kerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri dan Pusat Zakat Negeri selain peningkatan jumlah pembayar zakat dalam kalangan koperasi yang diuruskan oleh ANGKASA di seluruh negara. Sejak mula ditubuhkan pada tahun 2010, ANGKASA melalui unit tersebut mula menjalankan peranannya selaku wakil amil bertauliah dan turut menjalankan tanggungjawab dalam memberi kefahaman secara khusus tentang kaedah berzakat mengikut landasan yang ditetapkan untuk perniagaan berkonsepkan koperasi kepada mana-mana koperasi yang ingin mendapatkan pencerahan. Jumlah koperasi yang membayar zakat melalui ANGKASA juga telah menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun bermula dengan hanya 17 koperasi sahaja pada tahun 2010 kepada 1,265 buah koperasi pada tahun 2017. Sepanjang tempoh pelaksanaannya, ANGKASA komited terhadap amalan budaya kerja yang mesra dan cemerlang. Tanggungjawab tersebut digalas dengan baik oleh tenaga kerja yang berkelayakan dan cekap sehingga diiktiraf di peringkat negeri dan kebangsaan.

DATUK HAJI MOHAMAD ALI HASAN Naib Presiden ANGKASA

Bagaimana Unit Pengurusan Dan Pembangunan Zakat ANGKASA menjalankan peranannya sebagai wakil amil zakat? Sebagai wakil amil bagi koperasi dan merupakan satu- satunya amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam dan Pusat Zakat mewakili 14 buah negeri di Malaysia, unit tersebut berperanan membantu koperasi dalam membuat taksiran dan kutipan zakat berlandaskan hukum syarak sama seperti yang diljalankan oleh pihak Majlis Agama Islam dan Pusat Zakat di negeri-negeri terlibat. Namun ANGKASA memberi fokus kepada perniagaan koperasi dan akan memberi panduan secara khusus kepada koperasi yang mahukan pencerahan lebih lanjut berhubung perkara tersebut menerusi bengkel-bengkel khas selain menjalankan program pembangunan bagi asnaf-asnaf anggota koperasi.

10 PELANCAR Julai 2018

semasa. Buku Panduan Zakat Perniagaan Koperasi umpamanya telah diterbitkan oleh ANGKASA sebagai panduan kepada koperasi yang mahukan informasi lanjut tentang panduan berzakat berasaskan platform perniagaan koperasi. Di samping itu juga, pelbagai program yang bersesuaian telah dirancang bagi membantu koperasi untuk lebih memahami tentang sistem pengurusan kewangan dan keahlian koperasi yang membezakannya dengan pengurusan kewangan dan kaedah taksiran zakat bagi sektor korporat yang lain.

Adakah segala kutipan itu diserahkan kepada Majlis Agama Islam / Pusat Zakat Negeri-negeri atau pihak ANGKASA mengambil sebahagian dari bayaran zakat perniagaan koperasi? Pihak ANGKASA selaku wakil amil yang dilantik tidak mengambil walaupun satu sen dari zakat perniagaan yang dibayar oleh koperasi-koperasi atau individu. Pihak ANGKASA hanya diberi upah amil dari Majlis Agama Islam mengikut peratus setiap negeri dan mengikut jumlah zakat yang dikutip. Bagaimanapun bagi zakat perniagaan ANGKASA sendiri menerusi aktiviti ekonomi yang dijalankan di peringkat pusat dan negeri-negeri, ANGKASA memperuntukkan sebanyak 30 peratus daripada jumlah yang ditetapkan itu kepada program-program kebajikan seperti yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Syariah ANGKASA (JSA) manakala selebihnya diserahkan kepada Majlis Agama Islam dan Pusat Zakat di negeri-negeri terbabit. Mungkin ada inovasi baharu yang mahu direalisasikan bagi terus memperkasa peranan ANGKASA selaku wakil amil zakat koperasi di Malaysia.

Apakah matlamat yang ingin dibawa oleh Datuk terhadap unit ini bagi 10 tahun yang akan datang?

Saya berharap Unit Pengurusan Dan Pembangunan Zakat dapat menjadi wakil amil zakat yang unggul dengan sasaran minimum 70 peratus koperasi yang layak untuk menunaikan zakat perniagaan, akan membuat taksiran dan bayaran zakat melalui ANGKASA. ANGKASA juga sentiasa mendoakan kesejahteraan koperasi dan berharap prestasi perniagaan sektor-sektor perniagaan koperasi di seluruh negara sentiasa cemerlang dan berasaskan kepada pencapaian tersebut, jumlah kutipan zakat akan menjadi lebih besar sekaligus dapat memberi manfaat kepada pembangunan sosioekonomi masyarakat khususnya terhadap asnaf-asnaf yang memerlukan.

Sudah tentu ANGKASA sentiasa berusaha untuk meningkatkan prestasi unit ini dan menambah baik peranannya dari semasa ke

KUTIPAN ZAKAT PERNIAGAAN KOPERASI MENERUSI ANGKASA DARI TAHUN 2010 - 2017

RM 4, 542, 698.42

RM 3, 654, 128.60

5, 000, 000

RM 3, 170, 238.70

4, 000, 000

RM 2, 173, 642.77

3, 500, 000

RM 1, 834, 945.70

RM 1, 226, 795.05

2, 000, 000

RM 894, 419.32

RM 160,039.89

1, 000, 000

2010

2011

2012

2013

2014

2015

2016

2017

Julai 2018 PELANCAR

11

ANGKASA BANTU KOPERASI MELUNASKAN TANGGUNGJAWAB BERZAKAT

Oleh : HAJI AZHAR HAMZAH Pengurus Besar Bahagian Pengurusan Dan Pembangunan Syariah ANGKASA

Zakat merupakan satu institusi penting dalam struktur masyarakat Islam. Ia satu ketetapan Allah SWT yakni orang-orang kaya diwajibkan mengeluarkan sedikit hartanya untuk diberikan kepada golongan asnaf yang memerlukan. Dengan zakat yang dikeluarkan dapat menampung kekurangan yang dialami khususnya oleh golongan fakir, miskin, mualaf, fisabilillah dan lain-lain.

Zakat perniagaan adalah salah satu daripada komponen zakat yang wajib ditunaikan oleh individu muslim yang bergelar usahawan dan tidak terkecuali juga sektor koperasi yang menjalankan perniagaan. Unit Pengurusan Dan Pembangunan Zakat ditubuhkan di bawah Bahagian Pengurusan Dan Pembangunan Syariah untuk membantu koperasi menunaikan Rukun Islam yang ke-3. ANGKASA telah mendapat lantikan wakil amil zakat Pernigaan Koperasi yang bertindak membuat taksiran dan kutipan bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri dan Pusat Zakat Negeri bagi seluruh Malaysia. Jalinan kerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri dan Pusat Zakat Negeri sebagai wakil amil zakat Pernigaan Koperasi sehingga dianugerahkan, Anugerah Komitmen terbaik bagi tahun 2011 & 2014 serta Anugerah Prestasi Kutipan terbaik bagi kategori ejen dan syarikat 2012 oleh Lembaga Zakat Selangor. Buat julung kalinya menerima Anugerah Zakat Kebangsaan (Syarikat Awam Berhad) daripada Jabatan Perdana Menteri. Laporan perkembangan kutipan zakat Perniagaan Koperasi yang diuruskan oleh ANGKASA dari tahun 2010 – 2017 menunjukkan peningkatan iaitu pada tahun 2010 berjumlah

(RM160,039.89) kepada RM4,542,698.42 pada tahun 2017 manakala bilangan koperasi daripada 17 buah kepada 1265 buah yang menunaikan tangunggjawab berzakat. Kewajipan membayar zakat adalah kewajipan agama. Ia terikat dengan peraturan kaedah dan matlamat pelaksanaannya. Secara prinsipnya, zakat dikira sah jika dibayar terus kepada penerimanya yang berhak jika dapat dipastikan dengan penuh yakin. Namun demikian umat Islam adalah terikat dengan pemerintah dan mentadbir hal-hal dan urusan agamanya agar dapat berjalan dengan adil, baik, betul

12 PELANCAR Julai 2018

dan sempurna. Arahan dan keputusan yang dibuat pemerintah adalah terikat dengan kemaslahatan umum. Pihak pemerintah melalui Majlis Agama Islam yang ditubuhkan sebagai pihak yang bertanggungjawab dan memiliki kepakaran, kuasa, data dan maklumat yang menyakinkan mempunyai kelebihan untuk diutamakan sebagai pihak yang sah dan utamakan menerima kutipan zakat dan mengagihkannya kepada golongan asnaf yang benar-benar layak dan berhak. Orang Islam yang telah menyempurnakan tanggungjawab membayar zakat tidak lagi dibebankan dengan dosa atau kesalahan daripada wang zakat yang dilunaskan kepada pihak berwajib (pemerintah).

Oleh demikian, membayar zakat kepada pemerintah (amil) lebih utama kerana mereka dapat mengagihkan secara sempurna kepada lapan asnaf yang berhak menerima Melalui peranan yang dimainkan oleh ANGKASA, koperasi-koperasi di seluruh negara seharusnya mengambil peluang ini untuk mendapatkan perkhidmatan yang disediakan oleh ANGKASA iaitu taksiran dan kutipan zakat pernigaan koperasi. Kepercayaan Majlis-Majlis Agama Islam Negeri kepada ANGKASA seharusnya diberi sokongan yang tidak berbelah bagi oleh koperasi. Semoga dengan mengeluarkan zakat akan bertambahlah keberkatan dan kesuburan rezeki yang dicari.

Sabda Nabi SAW bermaksud:

“Ya, apabila engkau menunaikan (zakat) kepada wakilku (amil), maka Engkau telah terlepas daripada tanggungan zakat. Engkau mendapat pahalanya. Dan dosanya pula atas orang yang menyeleweng.”

(Hadis Riwayat Ahmad)

ANGKASA ZAKAT GAMES (AZG)

AZG merupakan satu inovasi ANGKASA mereka sebuah permainan papan berunsurkan zakat yang informatif lagi interaktif dan sesuai dijadikan sebagai medium baharu pengajaran dan pembelajaran berkaitan subjek zakat. AZG direka khas untuk meningkatkan kefahamam tentang fiqh zakat dan mengukuhkan kemahiran pengiraan zakat meliputi pelbagai jenis zakat harta termasuklah zakat pertanian, penternakan, perniagaan, emas dan perak serta harta karun. Permainan ini diharapkan dapat memberikan pendedahan terhadap terhadap pengurusan zakat. AZG juga mempromosikan sektor-sektor yang berada di ANGKASA bagi ahli koperasi mengenali ANGKASA. AZG adalah kerjasama ANGKASA dan juga kumpulan pereka Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Malaysia Islam (USIM).

Info Permainan

- Boleh bermain 3 –6 pemain dalam satu masa. - Memerlukan seorang banker. - Mengambil masa 2 – 3 jam untuk menghabiskan permainan bergantung kepada kepantasan pemain. - Pemain yang banyak membayar zakat dikira pemenang. - Harga RM250.

» ANGKASA Zakat Games (AZG)

Julai 2018 PELANCAR

13

Julai 2018 PELANCAR

15

» Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, menyampaikan sumbangan hari raya kepada golongan kurang berkemampuan sempena majlis perasmian Masjid FELDA Sg Koyan 3. Turut hadir, ialah Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah.

» Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA (KOPSYA), Dato’ Abdul Fattah Abdullah (empat dari kanan) dan Ahli Lembaga Pengarah KOPSYA Hospitaliti, Datin Azura Abdul Rauf (kiri sekali) bersama wakil dari empat badan kebajikan; Rumah Kebajikan Anak Yatim & Miskin Al Munirah; Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim / Miskin Klang (PEYAKIN); Rumah Kebajikan Anak Yatim Al-Khairiyah dan Pusat Jagaan Nur Ekhwan Ku yang menerima sumbangan daripada Aliya Hotel Klang pada Majlis Berbuka Puasa Aliya Hotel Klang.

» Haji Muthado Bahri (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yang bernaung di bawah Rumah Kebajikan Nur Kasih Langkawi dalam Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Nur Kasih Langkawi anjuran MyANGKASA Akademi & Resort Langkawi.

16 PELANCAR Julai 2018

» Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah (lima dari kanan) dan Dato’ Haji Kamarudin Ismail (enam dari kanan) bergambar bersama Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Kelantan yang diketuai oleh Pengerusinya, Dato’ Che Mohd. Shukree Che Isa (empat dari kanan) selepas Majlis Berbuka Puasa ANGKASA Kelantan dengan kerjasama Koperasi Kariah Masjid Al Hassani Mukim Banggu Kelantan Berhad di Masjid Al Hassani, Kampung Lubok Pukol, Banggu, Kelantan. Seramai 20 orang asnaf dan 60 fakir miskin masing-masing menerima bantuan zakat daripada ANGKASA dan Koperasi Kariah Masjid Al Hassani.

» Seramai 43 orang anak-anak Rumah Nur Kasih yang menerima sumbangan bergambar bersama Haji Muthado Bahri (barisan belakang, lima dari kiri). Turut berada di dalam gambar ialah wakil ADUN Kuah, Encik Khairil Anuar Mohd Yusof (barisan belakang, empat dari kiri) dan Ketua Pusat Latihan MyANGKASA Akademi & Resort Langkawi, Encik Hanizar Haji Muthado.

» Dato’ Abdul Fattah bersalaman dengan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen dalam satu Majlis Iftar yang berlangsung di negara Kemboja. Kunjungan ANGKASA ke negara berkenaan adalah bagi menjayakan program tanggungjawab sosial korporat membantu masyarakat Islam Kemboja.

Julai 2018 PELANCAR

17

» Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Negeri Sembilan, Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah (dua dari kanan) menyerahkan sumbangan berupa makanan dan barangan keperluan harian mewakili Koperasi Kariah Masjid Kundur Hulu Rembau Berhad kepada salah seorang jemaah masjid yang menghidap penyakit strok. Turut sama ialah Penasihat Korporat Sektor Koperasi ANGKASA, Datuk Md Yusof Samsudin (kiri) dan Pengerusi KKM Kundur Hulu Rembau Berhad, Haji Zubir Jamal (kanan). Seramai 14 orang asnaf dari kalangan anggota KKM Kundur Hulu Rembau Berhad menerima sumbangan pada tahun ini.

» Majlis Berbuka Puasa anjuran ANGKASA Pahang Zon 2 yang dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya.

» Majlis Berbuka Puasa anjuran ANGKASA Negeri Perak telah berlangsung di Madrasah Tahfiz Al-Quran Haji Abdul Ghani, Bota Kiri Perak. Naib Presiden ANGKASA, Haji Mohamad Azmi Omaruddin yang hadir mewakili Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah turut berkesempatan menyampaikan sumbangan hari raya kepada pelajar dan juga tenaga pengajar di pusat tersebut sebelum berbuka puasa. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Perak, Haji Mohd Rosli Haji Basri dan barisan jawatankuasa yang lain selain beberapa tetamu jemputan.

18 PELANCAR Julai 2018 18 PELANCAR Julai 2018

» Haji Mohamad Azmi Omaruddin dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Pahang Zon 1, Haji Mohd. Zahidi Haji Husain bergambar bersama sebahagian daripada 50 orang anak yatim terpilih di sekitar bandar Muadzam Shah yang telah menerima sumbangan pada Majlis Iftar Ramadan anjuran ANGKASA Pahang Zon 1 dengan kerjasama Koperasi Kariah Masjid Lama Muadzam Shah Bhd di Masjid Lama Muadzam Shah, Pahang.

» Majlis berbuka puasa anjuran ANGKASA Negeri Perlis telah berlangsung di Masjid Al-Abrar, Kubang Gajah, Arau. Seramai 78 asnaf dalam kalangan kariah masjid di sekitar kawasan Kubang Gajah telah menerima sumbangan yang disampaikan oleh Timbalan Presiden ANGKASA, Haji Mutadho Bahri. Turut hadir di majlis tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Perlis, Haji Ismail Hashim dan Bendahari Koperasi Kariah Masjid Al-Abrar Kubang Gajah Perlis Berhad, Haji Zairul Anuar Saad.

Julai 2018 PELANCAR

19

» Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah (tiga dari kiri) bersama Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Strategik), Tuan Haji Abdul Muis Shefii (dua dari kiri) di Majlis Iftar Bersama Warga Kerja RTM. Turut hadir bersama ialah Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail (kiri sekali).

» Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah (berdiri) beramah mesra bersama warga kerja RTM sewaktu Majlis Iftar Bersama Warga Kerja RTM anjuran ANGKASA pada 11 Jun 2018 di Balai Perdana, Wisma TV, Angkasapuri, Kuala Lumpur. Turut hadir bersama ialah Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail (kiri sekali).

» Kegembiraan jelas terpancar pada wajah anak-anak yatim Kumpulan Utusan serta keluarga mereka selepas menerima sumbangan daripada ANGKASA dan Kumpulan Utusan. Turut berada di dalam gambar ialah Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah (sembilan dari kanan); Pengarah Urusan Kumpulan, Kumpulan Utusan, Datuk Mohd Noordin Abbas; Haji Muthado Bahri (tujuh dari kanan); Ketua Pengarang Kumpulan, Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak (enam dari kanan) dan Yang Dipertua Badan Keluarga Utusan Melayu, Encik Saifol Bakhtiar Hamik (enam dari kiri).

20 PELANCAR Julai 2018 Julai 2018

» Haji Mutadho Bahri, Haji Mohamad Azmi Omaruddin dan JPAN Wilayah Persekutuan bergambar bersama anaka-anak yatim pada Majlis Berbuka Puasa & Penyerahan Sumbangan Kepada Anak Yatim Dan Keluarga Daif di Masjid Amru Ibni Al’as Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur.

» Seramai 38 pelajar tahfiz daripada Pusat Tahfiz Saidina Abu Bakar, Bukit Tembaga Kuala Nerang dan 26 asnaf yang lain telah menerima sumbangan yang disampaikan oleh Naib Presiden ANGKASA, Dr. Haji Mohd Azlan Yahya. Turut hadir di majlis tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Kedah, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh; Pengerusi Koperasi Pekerja-Pekerja Gula Padang Terap Berhad, Abu Hassan Mat Hashim dan Pegawai Ehwal Koperasi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Kedah, Haji Abas Mihat.

» Majlis Iftar Ramadhan serta serahan sumbangan kepada asnaf dan pelajar tahfiz telah dianjurkan oleh ANGKASA Negeri Kedah bertempat di Masjid Al-Tarmizi, Kuala Nerang. Selain dikelolakan oleh Koperasi Pekerja-Pekerja Gula Padang Terap Berhad, majlis tersebut juga turut mendapat kerjasama daripada Kariah Masjid Al-Tarmizi dan Koperasi Pemilik Livina Kedah Berhad.

» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah (lima dari kiri) beramah-mesra dengan pelajar- pelajar dari Pusat Pendidikan Tahfiz Al Quran dan Pendidikan Islam As- Sakinah, Sega sewaktu Majlis Iftar Ramadhan ANGKASA Pahang Zon 3 di Masjid Sultan Abu Bakar, Raub, Pahang. Beliau turut menyumbangkan sumbangan dalam bentuk wang tunai kepada 60 orang pelajar tahfiz daerah Raub termasuk Maahad Tahfiz Riadus Solihin dan Maahad Tahfiz Al Quran Azizurrahman. Turut hadir ialah ADUN Batu Talam, Dato’ Abd Aziz Mat Kiram (tiada dalam gambar); Timbalan Presiden ANGKASA, Haji Mutadho Bahri (dua dari kiri); Naib Presiden ANGKASA, Haji Azmi Omaruddin (tiga dari kanan) dan Pengerusi JPAN Pahang Zon 3, Dato’ Syed Ali Syed Mohammad (empat dari kanan).

Julai 2018 PELANCAR

21

» Pasukan Sukarelawan Koperasi ANGKASA (PASKOP) memeriksa bubur lambuk yang telah siap dimasak dan dipek untuk Program Edaran Bubur Lambuk ANGKASA. Sebanyak lebih 2,000 pek bubur lambuk disediakan bagi tujuan edaran kepada warga kerja ANGKASA selain pelbagai agensi dan badan beruniform seperti Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), IPD Kelana Jaya, KASTAM Kelana Jaya, Bank Rakyat Kelana Jaya, Pusat Kesihatan Kelana Jaya dan Masjid Tabung Haji.

» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah menyerahkan bubur lambuk kepada para jemaah Masjid Tabung Haji selepas menunaikan solat Jumaat.

22 PELANCAR Julai 2018

» Program gotong-royong memasak bubuk lambuk sempena Sambutan Bulan Ramadan anjuran JPAN Melaka bertempat di Madrasah Ar-Rabbaniyah, Kampung Batu Gajah, Melaka.

» Program pengagihan bubuk lambuk dan kurma di Klinik Kesihatan Batu 14, Puchong, Selangor oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah.

» Naib-Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail (empat dari kanan) dan Haji Mohamad Azmi Omaruddin (tiga dari kanan) bersama Pengerusi JPAN Melaka, Haji Muslim Md Shah (lima dari kanan) mengacau bubur lambuk sempena Program Gotong-Royong Memasak dan Mengagihkan Bubur Lambuk Sempena Bulan Ramadhan 2018 Anjuran JPAN Melaka dan Koperasi-Koperasi Negeri Melaka di Hotel Mutiara, Bukit Mutiara, Melaka. Program ini melibatkan empat buah koperasi di negeri Melaka iaitu Koperasi Keluarga Sinkhohmas Melaka Berhad, Koperasi Keluarga Fatimah Ahmad Berhad, Koperasi Keluarga Rahayu Isnin Berhad dan Koperasi Keluarga Sarimah Subuh Berhad. Turut menyumbang ialah Co-opbank Persatuan, Bank Rakyat dan koperasi-koperasi kariah masjid di Melaka. Program ini juga disertai seramai 20 sukarelawan dari Kolej Antarabangsa Putra Melaka. Sebanyak 600 pek bubur lambuk diedarkan kepada penduduk setempat.

23 Julai 2018 PELANCAR 23 PELANCAR

Oleh: WAN ADLINA WAN AB. AZIZ Semarak Cintakan Al-Quran

Usaha menyemarakkan kecintaan terhadap Al-Quran yang merupakan mukjizat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan diturunkan dalam bulan Ramadan terus disemarakkan menerusi penganjuran Sambutan Majlis Khatam Al-Quran ANGKASA Sempena Bulan Ramadan 1439H, 7 Jun lalu.

» Majlis Khatam Al-Quran

Istimewanya pada tahun ini, tarikh penganjuran majlis khatam tersebut dijalankan pada tarikh yang sama sambutan World#Quran Hour di seluruh dunia. World#Quran Hour bertemakan “World of Compassion” dilihat mampu menaikkan imej Islam dan menyuntik semangat mendalami, menghayati serta ajaran yang terkandung di dalamnya. Ia bermatlamat menjadikan Al-Quran sebagai tali untuk menyatukan ummah seluruh dunia dengan misinya iaitu memberi inspirasi kepada ummah untuk berinteraksi bersama Al-Quran, menyebarkan kebaikan dan membuat perubahan dengan mengajak 100 juta ummah berinteraksi dengan Al-Quran seluruh dunia. Sambutan Majlis Khatam Al-Quran ANGKASA dibuat dengan matlamat untuk mengangkat budaya tadarus Al-Quran dalam kalangan warga kerja ANGKASA sepanjang bulan Ramadan.

24 PELANCAR Julai 2018

» Timbalan Presiden ANGKASA, Haji Mutadho bergambar bersama peserta Tadarus Al-Quran anjuran Bahagian Pembangunan Syariah ANGKASA. Turut sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya.

Kesungguhan penganjuran program tadarus Al-Quran ini membuktikan komitmen ANGKASA dalam usaha untuk menjadikannya sebagai satu acara tahunan dan ternyata berjaya mendapat sambutan menggalakkan daripada warga kerja.

» Peserta-peserta Tadarus Al-Quran menerima cenderahati daripada Haji Mutadho.

Julai 2018 PELANCAR

25

» Menyampaikan sumbangan hari raya kepada anak-anak yatim daripada Pertubuhan Anak Yatim Daerah Kuala Muda pada Majlis Hari Raya Aidilfitri ANGKASA Negeri Kedah.

» Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah merangkap ADUN Bakar Arang, YB Simon Ooi Tze Min turut hadir memeriahkan Majlis Hari Raya Aidilfitri ANGKASA Negeri Kedah dengan kerjasama Koperasi Pekerja Sharp Sungai Petani Berhad.

» Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri ANGKASA Negeri Melaka.

» Bergambar bersama Exco Koperasi Perak, Encik Hasnol Zulkarnain (empat dari kiri) pada Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri ANGKASA Negeri Perak.

26 PELANCAR Julai 2018

» Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri ANGKASA Negeri Terengganu.

» Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ANGKASA Pahang Zon 2 yang berlangsung di bangunan ANGKASA Pahang Zon 2, Temerloh.

» Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama pelajar tahfiz anjuran Koperasi Surau Tinggi Berhad yang berlangsung di Surau Paroi Jaya Indah, Seremban.

» Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri ANGKASA Negeri Pahang Zon 3, Bentong.

» Pengerusi JPAN Negeri Sembilan, Dato’ Haji Ibrahim Abdullah (tengah) meraikan tetamu yang hadir dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran ANGKASA Negeri Sembilan di perkarangan bangunan ANGKASA di Seremban.

Julai 2018 PELANCAR

27

» Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran ANGKASA Negeri Selangor yang berlangsung di perkarangan bangunan pejabat JPAN Selangor di Kelana Jaya.

» Ma jlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor yang berlangsung serentak dengan Mesyuarat Agung Koperasi telah dihadiri oleh Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Osman Sapian.

» Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2018 anjuran Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Pulau Pinang yang berlangsung di perkarangan bangunan ANGKASA Pulau Pinang, Bayan Lepas.

28 PELANCAR Julai 2018

» M ajlis Hari Raya Aidilfitri Persatuan Veteran Radio Televisyen Malaysia (PVRTM) yang berlangsung di Institut Penyiaran Tun Abdul Razak Kuala Lumpur, dihadiri oleh Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman.

» Naib Presiden ANGKASA, Haji Mohamad Azmi Omaruddin dan Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri

Shukry Mohd Salleh menikmati hidangan dalam Jamuan Hari Raya Aidilfitri Sekatarakyat 2018 di Wisma Sekatarakyat, Kelana Jaya.

» Majlis Sambutan Hari Raya anjuran Kumpulan MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. bertempat di Galeri MyANGKASA Bina Sdn. Bhd., Kelana Jaya.

Julai 2018 PELANCAR

29

Oleh : NOR AZAH ABD AZIZ

DITAWAR SERTAI RANGKAIAN COOP FARMASI Koperasi Farmasi Muslim Negeri Sembilan Berhad

Farmasi Medic Alchemy Sdn. Bhd. merupakan salah sebuah outlet yang terletak di Seremban 2, Negeri Sembilan dan merupakan sebuah farmasi di bawah naungan Koperasi Farmasi Muslim Negeri Sembilan Berhad. Outlet farmasi itu dimiliki oleh Pengerusi koperasi, Encik Anas Kamaruzzaman dan merupakan sebuah koperasi yang dimiliki kaum keluarganya. Farmasi tersebut mempunyai dua orang kakitangan dan beroperasi dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari. Koperasi Farmasi Muslim Negeri Sembilan Berhad didaftarkan pada 24 November 2017, dengan keahlian seramai 38 orang. Idea penubuhan koperasi tersebut diperoleh setelah mendapat ilham daripada kejayaan Koperasi Farmasi Muslim Negeri Selangor Berhad. Ia ditubuhkan hasil daripada program penubuhan Koperasi Farmasi yang dijalankan pada awal tahun 2017 dan dianggotai oleh pemilik-pemilik farmasi Muslim di seluruh Negeri Sembilan. Kunjungan ANGKASA yang diketuai Timbalan Presiden ANGKASA, Haji Mutadho Bahri ke Farmasi Medic Alchemy Sdn Bhd baru-baru ini telah banyak membantu dalam memberi gambaran secara lebih jelas tentang kaedah pengurusan yang lebih berkesan selain potensi-potensi yang wujud dalam usaha untuk meneroka pasaran perniagaan farmasi oleh koperasi.

» Suasana di ruang niaga Koperasi Farmasi Muslim Negeri Sembilan Berhad.

30 PELANCAR Julai 2018

Anggota koperasi adalah daripada kalangan ahli farmasi, pasangan dan pembantu ahli farmasi daripada 15 buah farmasi yang mendaftar, sektor awam dan swasta. Tujuan jaringan CoopFarmasi ditubuhkan adalah untuk menyatukan ahli farmasi Muslim dan kebanyakan farmasi Muslim adalah Independent Pharmacy iaitu ditubuhkan atas syarikat masing-masing ataupun swasta. Di pihak farmasi kerajaan pula, suara ahli farmasi masih kurang diambil perhatian, terutama dari segi gaji dan elaun. Koperasi kini menjadi pengedar sarung tangan iaitu Latex Gloves, ke semua premis farmasi milik anggotanya, selain menjadi pengedar ke seluruh jaringan CoopFarmasi di seluruh Malaysia. Kebanyakan produk dijual dengan harga yang berpatutan. Koperasi Farmasi Muslim Negeri Sembilan Berhad juga merancang untuk mewujudkan kad keahlian CoopFarmasi. menerusinya, pemegang kad akan menerima faedah diskaun di semua jaringan CoopFarmasi di seluruh Malaysia. Melalui sistem keahlian CoopFarmasi, pelanggan dapat melihat status pembelian dan kesihatan terkini secara atas talian. Koperasi juga berhasrat menambahkan lagi jaringan CoopFarmasi, di mana pihak koperasi akan terus mempromosikan keahlian koperasi. Pada masa yang sama, pihak koperasi bersedia memberi bimbingan kepada koperasi yang berminat untuk membuka farmasi. Turut sama dalam kujungan tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Sembilan, Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah ; Pengurus Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan ANGKASA, Encik Jamar Mat Ali serta Penolong Pengurus Unit Kesihatan, Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan, Encik Hasrol Amri Abu Yazid.

» Bergambar di hadapan Farmasi Medic Alchemy Sdn. Bhd. milik Koperasi Farmasi Muslim Negeri Sembilan Berhad.

Julai 2018 PELANCAR

31

KOPERASI CEBURI BIDANG EKONOMI DIGITAL

Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

» Memotong reben simbolik Pelancaran Pavilion Gadjet Angkasa Digital Store bertempat di Plaza Low Yat, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Koperasi Yayasan Guru Malaysia Berhad, Koperasi Perkasa Berhad (KOPERKASA), Koperasi Pasaraya Berhad (KOPASAR) dengan sebuah syarikat digital iaitu Angkasa Gemilang Sdn. Bhd. dan Online Ads Guru Sdn. Bhd. bakal menyaksikan kolaborasi strategik koperasi dalam menjalankan perniagaan gajet berasaskan ekonomi digital.

Majlis menandatangani MoU tersebut disaksikan oleh Timbalan Presiden ANGKASA, Haji Mutadho Bahri dan Naib-Naib Presiden ANGKASA iaitu Dato’ Haji Kamarudin Ismail dan Haji Mohamad Azmi Omarudin. MoU berkenaan diwakili Bendahari Koperasi Yayasan Guru Malaysia Berhad iaitu Dato’ Haji Ruslan Madon; Pengerusi Ahli Lembaga KOPERKASA; Ketua Pegawai Eksekutif Angkasa Gemilang Sdn. Bhd., Michael Ang; Ahli Lembaga KOPASAR, Haji Abd. Latif Haji Abd. Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Online Ads Guru Sdn. Bhd., Dato’ Hisyamudin Supian. Dalam ucapan Timbalan Presiden ANGKASA, Haji Mutadho Bahri mewakili Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah, beliau menyanjung tinggi usaha yang dilakukan koperasi-koperasi dalam mengembangkan perniagaan ini untuk manfaat anggota-anggota koperasi. Ujarnya, bidang yang diceburi juga mempunyai prospek tinggi dan kurang diceburi koperasi dan ia selaras dengan hasrat ANGKASA yang mahu melihat sektor koperasi melibatkan diri dalam bidang perniagaan berimpak tinggi. “Kolaborasi ini akan membuka peluang koperasi- koperasi menceburi perniagaan digital melalui pembekal yang sah dengan harga yang berpatutan.

“Justeru, koperasi seharusnya menjadikan ekonomi digital sebagai peluang besar dalam meningkatkan produktiviti dan pencapaian ekonomi koperasi,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Koperasi Yayasan Guru Malaysia Berhad. KOPERKASA Berhad dan KOPASAR Berhad Dengan Angkasa Gemilang Sdn. Bhd. dan Online Ads Guru Sdn. Bhd dan Pelancaran Pavilion Gadjet Angkasa Digital Store bertempat di Plaza Low Yat, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

» MoU antara Koperasi Yayasan Guru Malaysia Berhad, Koperasi Perkasa Berhad (KOPERKASA), Koperasi Pasaraya Berhad (KOPASAR) dengan Angkasa Gemilang Sdn. Bhd. dan Online Ads Guru Sdn. Bhd.

32 PELANCAR Julai 2018

Peneraju Dalam Perniagaan Digital

Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

Koperasi Yayasan Guru Malaysia Berhad, Koperasi Perkasa Berhad dan Koperasi Pasaraya Berhad bakal berperanan sebagai “anchor” atau perintis kepada koperasi kredit dalam menjalankan perniagaan berasaskan teknologi digital.

DATO’ HAJI KAMARUDIN ISMAIL Naib Presiden ANGKASA

mengambil langkah proaktif dan lebih berdaya saing untuk menjalankan perniagaan teknologi digital ini. Menerusi kolaborasi ini, ketiga-tiga koperasi akan bertindak melantik ejen-ejen khususnya dalam kalangan koperasi kredit untuk memberi kemudahan pembiayaan kepada ahli-ahli melalui potongan gaji sebagai galakan mereka menjalankan perniagaan digital seperti aksesori komputer, aksesori telefon pintar dan sebagainya. Ini merupakan peluang terbaik buat koperasi-koperasi untuk turut

Kesungguhan tiga koperasi menjalinkan kolaborasi strategik dengan syarikat digital iaitu Angkasa Gemilang Sdn Bhd. digital dalam industri ekonomi digital ini dilihat bakal membuka peluang lebih luas kepada koperasi-koperasi lain untuk menceburkan diri dalam perniagaan berimpak tinggi. Naib Presiden ANGKASA juga merangkap Pengerusi Koperasi Yayasan Guru Malaysia Berhad, Dato’ Haji Kamarudin Ismail menaruh keyakinan supaya koperasi-koperasi kredit

sama bersaing dalam bidang perniagaan berimpak tinggi dan sudah tiba masanya koperasi mengubah perniagaan bersifat konvesional kepada berasaskan ekonomi digital yang banyak mempengaruhi kehidupan masyarakat pada masa kini serta menjadikan gajet sebagai satu kemestian. Menariknya, kolaborasi dan kerjasama ini mampu menarik minat sejumlah kira-kira lapan juta ahli koperasi ANGKASA untuk menikmati pelbagai barangan digital yang diniagakan di premis Angkasa Digital Store milik Angkasa Gemilang Sdn. Bhd. ini menerusi penggunaan kad kesetiaan ahli koperasi ( loyalty card ).

» Haji Mutadho Bahri (kanan) dan Dato’ Haji Kamarudin Ismail bergambar di hadapan Angkasa Digital Store

33 Julai 2018 PELANCAR 33 PELANCAR

Jendela

Suasana pusat jualan Angkasa Digital Store di Lot UG-007, Upper Ground Floor, Plaza Low Yat, Kuala Lumpur.

34 PELANCAR Julai 2018 34 PELANCAR Julai 2018

35 Julai 2018 PELANCAR 35 Julai 2018 PELANCAR

‘Ibadah Bersama, Manfaat Semua’ Program Coop Qurban 2018 merupakan sebuah usahasama antara ANGKASA dengan Konsortium Koperasi Kariah Masjid Malaysia Berhad (KONSORMAS) dan Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KOPSYA). Program Coop Qurban 2018 Oleh : NOR AZAH ABD AZIZ Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah berkata, majlis taklimat program itu membuka peluang kepada Anggota Lembaga Koperasi (ALK) untuk berniaga dan menjana pendapatan koperasi masing-masing, terutamanya dalam industri ternakan lembu pedaging dan makanan ternakan secara integrasi dan berkelompok melalui ‘Coop Qurban’ .

36 PELANCAR Julai 2018

Bagi mencapai Dasar Koperasi Negara dan dalam usaha memartabatkan gerakan koperasi Negara, ANGKASA terus berusaha untuk membimbing, meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan, memperjuangkan hak koperasi serta meluaskan peluang pemasaran hingga ke peringkat global. Coop Qurban diadakan dengan matlamat, merancang aktiviti korban secara berkesan, selain menyertai ibadah itu

» Gimik pelancaran Coop Qurban yang disempurnakan oleh Naib Presiden ANGKASA Haji Mohamad Azmi Omaruddin.

Industri Asas Tani ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail berkata, adalah menjadi harapan ANGKASA agar program itu dapat memberi impak kepada penggabungan modal selain membawa koperasi ke arah menjalankan perniagaan berskala besar. Ia juga dapat mengurangkan kebergantungan kepada penglibatan orang tengah, pengagihan kekayaan yang tidak seimbang selain dapat bersama- sama merasai manfaat secara lebih konsisten dan besar daripada sektor pertanian. Ujarnya, koperasi boleh berperanan sebagai penggerak utama dalam memartabatkan agenda pembangunan pertanian negara sekiranya diberi ruang untuk bersaing secara sihat, memberi peluang menyelesaikan masalah yang berkait dengan pertanian, menjadi model terancang dalam membangunkan aktiviti pertanian koperasi secara berkelompok dan berpeluang mendapat pembiayaan yang sewajarnya daripada institusi kewangan yang diiktiraf termasuk daripada KOPSYA. Seramai 120 koperator dari koperasi kariah masjid di serata negeri hadir ke majlis tersebut. Turut hadir ialah Naib-Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato’ Kamarudin Ismail, Haji Mohamad Azmi Omaruddin dan Dr. Mohd Azlan Yahya; Pengerusi JAD, Dr Ainuddin Bahari; Pengerusi- Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya.

secara terancang melalui koperasi kariah masjid dan koperasi komuniti, mendapat kemudahan tabungan korban secara ansuran melalui potongan gaji ANGKASA dan agihan daging korban secara terancang demi kebajikan masyarakat Islam. Program tersebut juga memberi peluang kepada koperasi untuk melibatkan diri di peringkat huluan dan hiliran terhadap projek ternakan lembu pedaging serta makanan ternakan secara bersepadu. Bagi mencapai matlamat tersebut, dua buah koperasi iaitu Koperasi Keluarga Tok Keteh Temerloh Berhad dan Koperasi Permodalan Sahabat Terengganu Berhad telah dilantik sebagai mentor untuk menjalankan aktiviti pertanian, selaras dengan pelaksanaan program Coop Qurban 2018. Dua koperasi mentor itu bertanggungjawab membangunkan ternakan lembu pedaging dan tanaman makanan ternakan iaitu jagung bijan. Dato’ Abdul Fattah berharap, Program Coop Qurban 2018 dapat memberi manfaat kepada semua anggota dan koperasi yang terlibat melaksanakan aktiviti korban bersesuaian dengan tema “Ibadah Bersama Manfaat Semua”. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program tersebut yang berlangsung di Auditorium ANGKASA di Kelana Jaya. Pada majlis penutupan program, Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bahagian Pembangunan Perladangan, Pertanian dan

Julai 2018 PELANCAR

37

Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20 Page 21 Page 22 Page 23 Page 24 Page 25 Page 26 Page 27 Page 28 Page 29 Page 30 Page 31 Page 32 Page 33 Page 34 Page 35 Page 36 Page 37 Page 38 Page 39 Page 40 Page 41 Page 42 Page 43 Page 44 Page 45 Page 46 Page 47 Page 48 Page 49 Page 50 Page 51 Page 52 Page 53 Page 54 Page 55 Page 56 Page 57 Page 58 Page 59 Page 60 Page 61 Page 62 Page 63 Page 64 Page 65 Page 66 Page 67 Page 68

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease