» Pengerusi JPAN Negeri Sembilan merangkap Pengerusi Koperasi Astana Raja Berhad dan Koperasi Guru Melayu Negeri Sembilan Berhad, Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah (tiga dari kanan) membuat gimik penyerahan zakat kepada Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah (tiga dari kiri) di mana Koperasi Astana Raja Berhad telah menyumbang sebanyak RM9,313.91 dan Koperasi Guru Melayu Negeri Sembilan menyumbang RM16,661.44 sambil disaksikan oleh Naib-Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (dua dari kiri) dan Dr. Mohd Azlan Yahya (dua dari kanan); Setiusaha Eksekutif ANGKASA, Encik Mohammad Zamri Yaacob (kanan sekali) dan Penasihat Korporat Sektor Koperasi ANGKASA, Datuk Haji Md. Yusof Haji Samsudin (kiri sekali).
ANGKASA juga telah diberi mandat dari negeri Selangor dan Johor untuk membuat tafsiran zakat harta selain zakat perniagaan koperasi. Justeru, bagi negeri Selangor dan Johor yang ingin mendapat tafsiran dan penerangan berkaitan potongan gaji zakat secara berskala bolehlah menghubungi Unit Pengurusan & Pembangunan Zakat ANGKASA di talian 03-78846789. Justeru, sokongan padu koperasi untuk bersama-sama ANGKASA dalam memartabatkan institusi zakat amat diperlukan bagi merealisasikan matlamat meningkatkan kesejahteraan ummah di negara ini. Semoga segala usaha dan niat murni semua pihak yang terlibat akan mendapat ganjaran yang sewajarnya di sisi Allah SWT, Insya-Allah.
Pelbagai inisiatif dan program berkaitan zakat telah disusun dan dilaksanakan oleh ANGKASA dari semasa ke semasa menerusi peranan Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA. Bahagian tersebut berfungsi secara langsung memberi perkhidmatan untuk membantu koperasi melaksanakan tanggungjawab berzakat di bawah satu bumbung selain memberi panduan secara lebih jelas dan terperinci tentang kaedah pengurusan pengiraan zakat koperasi. Menerusi peranan yang dijalankan, ANGKASA kini semakin melengkapi matlamatnya selaku badan puncak gerakan koperasi di Malaysia yang mahu menzahirkan tanggungjawab kepada koperasi meliputi segenap aspek termasuk pengurusan syariah.
» Penyerahan zakat oleh Koperasi Serbaguna FELDA Gunung Besout 1 Berhad..
» Penyerahan zakat oleh Koperasi Pekerja-Pekerja Kumpulan Sokongan Berhad.
8 PELANCAR Julai 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease