Wadah PELANCAR Edisi Julai 2018

Wawancara Khas Bersama Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA Melestari Pengurusan Zakat Koperasi

Sepanjang lapan tahun penglibatan ANGKASA dalam hal ehwal zakat koperasi, boleh Datuk berikan sedikit ulasan terhadap perkembangan Unit Pengurusan Dan Pembangunan Zakat ANGKASA pada masa kini. Alhamdulillah, tadbir urus yang dijalankan oleh unit tersebut yang berada di bawah tadbiran Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA telah mencapai fasa kematangan yang boleh dibanggakan. Perkembangan paling ketara adalah dari segi jalinan kerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri dan Pusat Zakat Negeri selain peningkatan jumlah pembayar zakat dalam kalangan koperasi yang diuruskan oleh ANGKASA di seluruh negara. Sejak mula ditubuhkan pada tahun 2010, ANGKASA melalui unit tersebut mula menjalankan peranannya selaku wakil amil bertauliah dan turut menjalankan tanggungjawab dalam memberi kefahaman secara khusus tentang kaedah berzakat mengikut landasan yang ditetapkan untuk perniagaan berkonsepkan koperasi kepada mana-mana koperasi yang ingin mendapatkan pencerahan. Jumlah koperasi yang membayar zakat melalui ANGKASA juga telah menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun bermula dengan hanya 17 koperasi sahaja pada tahun 2010 kepada 1,265 buah koperasi pada tahun 2017. Sepanjang tempoh pelaksanaannya, ANGKASA komited terhadap amalan budaya kerja yang mesra dan cemerlang. Tanggungjawab tersebut digalas dengan baik oleh tenaga kerja yang berkelayakan dan cekap sehingga diiktiraf di peringkat negeri dan kebangsaan.

DATUK HAJI MOHAMAD ALI HASAN Naib Presiden ANGKASA

Bagaimana Unit Pengurusan Dan Pembangunan Zakat ANGKASA menjalankan peranannya sebagai wakil amil zakat? Sebagai wakil amil bagi koperasi dan merupakan satu- satunya amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam dan Pusat Zakat mewakili 14 buah negeri di Malaysia, unit tersebut berperanan membantu koperasi dalam membuat taksiran dan kutipan zakat berlandaskan hukum syarak sama seperti yang diljalankan oleh pihak Majlis Agama Islam dan Pusat Zakat di negeri-negeri terlibat. Namun ANGKASA memberi fokus kepada perniagaan koperasi dan akan memberi panduan secara khusus kepada koperasi yang mahukan pencerahan lebih lanjut berhubung perkara tersebut menerusi bengkel-bengkel khas selain menjalankan program pembangunan bagi asnaf-asnaf anggota koperasi.

10 PELANCAR Julai 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease