Wadah PELANCAR Edisi Julai 2018

semasa. Buku Panduan Zakat Perniagaan Koperasi umpamanya telah diterbitkan oleh ANGKASA sebagai panduan kepada koperasi yang mahukan informasi lanjut tentang panduan berzakat berasaskan platform perniagaan koperasi. Di samping itu juga, pelbagai program yang bersesuaian telah dirancang bagi membantu koperasi untuk lebih memahami tentang sistem pengurusan kewangan dan keahlian koperasi yang membezakannya dengan pengurusan kewangan dan kaedah taksiran zakat bagi sektor korporat yang lain.

Adakah segala kutipan itu diserahkan kepada Majlis Agama Islam / Pusat Zakat Negeri-negeri atau pihak ANGKASA mengambil sebahagian dari bayaran zakat perniagaan koperasi? Pihak ANGKASA selaku wakil amil yang dilantik tidak mengambil walaupun satu sen dari zakat perniagaan yang dibayar oleh koperasi-koperasi atau individu. Pihak ANGKASA hanya diberi upah amil dari Majlis Agama Islam mengikut peratus setiap negeri dan mengikut jumlah zakat yang dikutip. Bagaimanapun bagi zakat perniagaan ANGKASA sendiri menerusi aktiviti ekonomi yang dijalankan di peringkat pusat dan negeri-negeri, ANGKASA memperuntukkan sebanyak 30 peratus daripada jumlah yang ditetapkan itu kepada program-program kebajikan seperti yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Syariah ANGKASA (JSA) manakala selebihnya diserahkan kepada Majlis Agama Islam dan Pusat Zakat di negeri-negeri terbabit. Mungkin ada inovasi baharu yang mahu direalisasikan bagi terus memperkasa peranan ANGKASA selaku wakil amil zakat koperasi di Malaysia.

Apakah matlamat yang ingin dibawa oleh Datuk terhadap unit ini bagi 10 tahun yang akan datang?

Saya berharap Unit Pengurusan Dan Pembangunan Zakat dapat menjadi wakil amil zakat yang unggul dengan sasaran minimum 70 peratus koperasi yang layak untuk menunaikan zakat perniagaan, akan membuat taksiran dan bayaran zakat melalui ANGKASA. ANGKASA juga sentiasa mendoakan kesejahteraan koperasi dan berharap prestasi perniagaan sektor-sektor perniagaan koperasi di seluruh negara sentiasa cemerlang dan berasaskan kepada pencapaian tersebut, jumlah kutipan zakat akan menjadi lebih besar sekaligus dapat memberi manfaat kepada pembangunan sosioekonomi masyarakat khususnya terhadap asnaf-asnaf yang memerlukan.

Sudah tentu ANGKASA sentiasa berusaha untuk meningkatkan prestasi unit ini dan menambah baik peranannya dari semasa ke

KUTIPAN ZAKAT PERNIAGAAN KOPERASI MENERUSI ANGKASA DARI TAHUN 2010 - 2017

RM 4, 542, 698.42

RM 3, 654, 128.60

5, 000, 000

RM 3, 170, 238.70

4, 000, 000

RM 2, 173, 642.77

3, 500, 000

RM 1, 834, 945.70

RM 1, 226, 795.05

2, 000, 000

RM 894, 419.32

RM 160,039.89

1, 000, 000

2010

2011

2012

2013

2014

2015

2016

2017

Julai 2018 PELANCAR

11

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease