ANGKASA BANTU KOPERASI MELUNASKAN TANGGUNGJAWAB BERZAKAT
Oleh : HAJI AZHAR HAMZAH Pengurus Besar Bahagian Pengurusan Dan Pembangunan Syariah ANGKASA
Zakat merupakan satu institusi penting dalam struktur masyarakat Islam. Ia satu ketetapan Allah SWT yakni orang-orang kaya diwajibkan mengeluarkan sedikit hartanya untuk diberikan kepada golongan asnaf yang memerlukan. Dengan zakat yang dikeluarkan dapat menampung kekurangan yang dialami khususnya oleh golongan fakir, miskin, mualaf, fisabilillah dan lain-lain.
Zakat perniagaan adalah salah satu daripada komponen zakat yang wajib ditunaikan oleh individu muslim yang bergelar usahawan dan tidak terkecuali juga sektor koperasi yang menjalankan perniagaan. Unit Pengurusan Dan Pembangunan Zakat ditubuhkan di bawah Bahagian Pengurusan Dan Pembangunan Syariah untuk membantu koperasi menunaikan Rukun Islam yang ke-3. ANGKASA telah mendapat lantikan wakil amil zakat Pernigaan Koperasi yang bertindak membuat taksiran dan kutipan bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri dan Pusat Zakat Negeri bagi seluruh Malaysia. Jalinan kerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri dan Pusat Zakat Negeri sebagai wakil amil zakat Pernigaan Koperasi sehingga dianugerahkan, Anugerah Komitmen terbaik bagi tahun 2011 & 2014 serta Anugerah Prestasi Kutipan terbaik bagi kategori ejen dan syarikat 2012 oleh Lembaga Zakat Selangor. Buat julung kalinya menerima Anugerah Zakat Kebangsaan (Syarikat Awam Berhad) daripada Jabatan Perdana Menteri. Laporan perkembangan kutipan zakat Perniagaan Koperasi yang diuruskan oleh ANGKASA dari tahun 2010 – 2017 menunjukkan peningkatan iaitu pada tahun 2010 berjumlah
(RM160,039.89) kepada RM4,542,698.42 pada tahun 2017 manakala bilangan koperasi daripada 17 buah kepada 1265 buah yang menunaikan tangunggjawab berzakat. Kewajipan membayar zakat adalah kewajipan agama. Ia terikat dengan peraturan kaedah dan matlamat pelaksanaannya. Secara prinsipnya, zakat dikira sah jika dibayar terus kepada penerimanya yang berhak jika dapat dipastikan dengan penuh yakin. Namun demikian umat Islam adalah terikat dengan pemerintah dan mentadbir hal-hal dan urusan agamanya agar dapat berjalan dengan adil, baik, betul
12 PELANCAR Julai 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease