dan sempurna. Arahan dan keputusan yang dibuat pemerintah adalah terikat dengan kemaslahatan umum. Pihak pemerintah melalui Majlis Agama Islam yang ditubuhkan sebagai pihak yang bertanggungjawab dan memiliki kepakaran, kuasa, data dan maklumat yang menyakinkan mempunyai kelebihan untuk diutamakan sebagai pihak yang sah dan utamakan menerima kutipan zakat dan mengagihkannya kepada golongan asnaf yang benar-benar layak dan berhak. Orang Islam yang telah menyempurnakan tanggungjawab membayar zakat tidak lagi dibebankan dengan dosa atau kesalahan daripada wang zakat yang dilunaskan kepada pihak berwajib (pemerintah).
Oleh demikian, membayar zakat kepada pemerintah (amil) lebih utama kerana mereka dapat mengagihkan secara sempurna kepada lapan asnaf yang berhak menerima Melalui peranan yang dimainkan oleh ANGKASA, koperasi-koperasi di seluruh negara seharusnya mengambil peluang ini untuk mendapatkan perkhidmatan yang disediakan oleh ANGKASA iaitu taksiran dan kutipan zakat pernigaan koperasi. Kepercayaan Majlis-Majlis Agama Islam Negeri kepada ANGKASA seharusnya diberi sokongan yang tidak berbelah bagi oleh koperasi. Semoga dengan mengeluarkan zakat akan bertambahlah keberkatan dan kesuburan rezeki yang dicari.
Sabda Nabi SAW bermaksud:
“Ya, apabila engkau menunaikan (zakat) kepada wakilku (amil), maka Engkau telah terlepas daripada tanggungan zakat. Engkau mendapat pahalanya. Dan dosanya pula atas orang yang menyeleweng.”
(Hadis Riwayat Ahmad)
ANGKASA ZAKAT GAMES (AZG)
AZG merupakan satu inovasi ANGKASA mereka sebuah permainan papan berunsurkan zakat yang informatif lagi interaktif dan sesuai dijadikan sebagai medium baharu pengajaran dan pembelajaran berkaitan subjek zakat. AZG direka khas untuk meningkatkan kefahamam tentang fiqh zakat dan mengukuhkan kemahiran pengiraan zakat meliputi pelbagai jenis zakat harta termasuklah zakat pertanian, penternakan, perniagaan, emas dan perak serta harta karun. Permainan ini diharapkan dapat memberikan pendedahan terhadap terhadap pengurusan zakat. AZG juga mempromosikan sektor-sektor yang berada di ANGKASA bagi ahli koperasi mengenali ANGKASA. AZG adalah kerjasama ANGKASA dan juga kumpulan pereka Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Malaysia Islam (USIM).
Info Permainan
- Boleh bermain 3 –6 pemain dalam satu masa. - Memerlukan seorang banker. - Mengambil masa 2 – 3 jam untuk menghabiskan permainan bergantung kepada kepantasan pemain. - Pemain yang banyak membayar zakat dikira pemenang. - Harga RM250.
» ANGKASA Zakat Games (AZG)
Julai 2018 PELANCAR
13
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease