Wadah PELANCAR Edisi Julai 2018

» Haji Mutadho Bahri, Haji Mohamad Azmi Omaruddin dan JPAN Wilayah Persekutuan bergambar bersama anaka-anak yatim pada Majlis Berbuka Puasa & Penyerahan Sumbangan Kepada Anak Yatim Dan Keluarga Daif di Masjid Amru Ibni Al’as Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur.

» Seramai 38 pelajar tahfiz daripada Pusat Tahfiz Saidina Abu Bakar, Bukit Tembaga Kuala Nerang dan 26 asnaf yang lain telah menerima sumbangan yang disampaikan oleh Naib Presiden ANGKASA, Dr. Haji Mohd Azlan Yahya. Turut hadir di majlis tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Kedah, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh; Pengerusi Koperasi Pekerja-Pekerja Gula Padang Terap Berhad, Abu Hassan Mat Hashim dan Pegawai Ehwal Koperasi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Kedah, Haji Abas Mihat.

» Majlis Iftar Ramadhan serta serahan sumbangan kepada asnaf dan pelajar tahfiz telah dianjurkan oleh ANGKASA Negeri Kedah bertempat di Masjid Al-Tarmizi, Kuala Nerang. Selain dikelolakan oleh Koperasi Pekerja-Pekerja Gula Padang Terap Berhad, majlis tersebut juga turut mendapat kerjasama daripada Kariah Masjid Al-Tarmizi dan Koperasi Pemilik Livina Kedah Berhad.

» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah (lima dari kiri) beramah-mesra dengan pelajar- pelajar dari Pusat Pendidikan Tahfiz Al Quran dan Pendidikan Islam As- Sakinah, Sega sewaktu Majlis Iftar Ramadhan ANGKASA Pahang Zon 3 di Masjid Sultan Abu Bakar, Raub, Pahang. Beliau turut menyumbangkan sumbangan dalam bentuk wang tunai kepada 60 orang pelajar tahfiz daerah Raub termasuk Maahad Tahfiz Riadus Solihin dan Maahad Tahfiz Al Quran Azizurrahman. Turut hadir ialah ADUN Batu Talam, Dato’ Abd Aziz Mat Kiram (tiada dalam gambar); Timbalan Presiden ANGKASA, Haji Mutadho Bahri (dua dari kiri); Naib Presiden ANGKASA, Haji Azmi Omaruddin (tiga dari kanan) dan Pengerusi JPAN Pahang Zon 3, Dato’ Syed Ali Syed Mohammad (empat dari kanan).

Julai 2018 PELANCAR

21

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease