Wadah PELANCAR Edisi Julai 2018

Oleh: WAN ADLINA WAN AB. AZIZ Semarak Cintakan Al-Quran

Usaha menyemarakkan kecintaan terhadap Al-Quran yang merupakan mukjizat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan diturunkan dalam bulan Ramadan terus disemarakkan menerusi penganjuran Sambutan Majlis Khatam Al-Quran ANGKASA Sempena Bulan Ramadan 1439H, 7 Jun lalu.

» Majlis Khatam Al-Quran

Istimewanya pada tahun ini, tarikh penganjuran majlis khatam tersebut dijalankan pada tarikh yang sama sambutan World#Quran Hour di seluruh dunia. World#Quran Hour bertemakan “World of Compassion” dilihat mampu menaikkan imej Islam dan menyuntik semangat mendalami, menghayati serta ajaran yang terkandung di dalamnya. Ia bermatlamat menjadikan Al-Quran sebagai tali untuk menyatukan ummah seluruh dunia dengan misinya iaitu memberi inspirasi kepada ummah untuk berinteraksi bersama Al-Quran, menyebarkan kebaikan dan membuat perubahan dengan mengajak 100 juta ummah berinteraksi dengan Al-Quran seluruh dunia. Sambutan Majlis Khatam Al-Quran ANGKASA dibuat dengan matlamat untuk mengangkat budaya tadarus Al-Quran dalam kalangan warga kerja ANGKASA sepanjang bulan Ramadan.

24 PELANCAR Julai 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease