DARI MEJA PRESIDEN
SIDANG PENGARANG
Presiden Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah
Naib Presiden Datuk Haji Mohamad Ali Hasan Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail Haji Mohamad Azmi Omaruddin Dr. Mohd. Azlan Yahya Panel Penasihat Editorial Dato’ Haji A. Aziz Deraman Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA) Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah
Salam Sejahtera
Kemahiran teknologi merupakan sebahagian daripada pendekatan ilmu yang harus dimiliki oleh sesiapa sahaja bagi membantu melancarkan atau memudahkan aktiviti perniagaan koperasi. Semakin canggih sesebuah sistem yang diguna pakai, semakin cekap operasi dapat dijalankan. Kita pasti akan mengalami kesukaran untuk memahami sistem dan teknologi terkini serta keupayaan mereka mengguna pakai alatan digital dan integrasi berkemahiran tinggi sekiranya tidak mengikuti arus perkembangan teknologi selain tidak memiliki asas pengetahuan dalam pengurusan teknologi berkaitan. Sebagai contoh, terdapat beberapa perkara dalam pengurusan sektor perniagaan yang melibatkan platform e-perkhidmatan. Kebanyakan platform yang dibangunkan seperti pengurusan pelayan web, telekomunikasi, platform pembayaran, insurans, permit dan sebagainya kini disediakan dalam bentuk elektronik. Selain itu, perkembangan teknologi mesin juga dilihat semakin pesat sehingga berupaya melonjakkan pengeluaran berkali ganda dengan kos yang lebih rendah. Namun, apabila kesemuanya memerlukan pengetahuan dan kemahiran yang tinggi seperti pengetahuan komputer, elektronik dan sebagainya, ia akan menyukarkan individu yang tidak mahir dalam teknologi tersebut untuk berurusan atau menggunakan mesin canggih tersebut dan akhirnya akan melambatkan perjalanan sesebuah aktiviti serta merencatkan pertumbuhan ekonomi koperasi itu sendiri dalam jangka masa panjang. Tanpa kita sedari, kealpaan kita terhadap perkembangan teknologi dalam perniagaan boleh mengakibatkan kesan terhadap jualan kerana semakin canggih teknologi yang digunakan oleh pesaing, semakin rendah kos sesuatu produk atau perkhidmatan dapat dihasilkan dan akhirnya mereka mampu menguasai pasaran dengan kualiti produk atau perkhidmatan yang lebih baik bersama harga tawaran yang lebih murah. Sebagai sebuah organisasi yang dinaungi oleh ramai individu, penguasaan teknologi oleh koperasi dilihat sangat penting bagi memastikan rangkaian komunikasi dan informasi dapat dihubungkan secara lebih meluas dan pantas. Menerusinya, kos operasi bukan sahaja boleh dijimatkan, malah koperasi juga mampu menggandakan maklumat perniagaan kepada pelbagai rangkaian bagi membantu mempromosikan produk atau perkhidmatan yang ingin ditawarkan. Justeru, anggota koperasi khususnya Anggota Lembaga Koperasi perlu sentiasa peka dengan perkembangan teknologi dalam perniagaan selain meningkatkan pemahaman terhadap amalan tadbir urus yang selari dengan kemajuan masa kini demi kejayaan dan kelestarian perniagaan koperasi.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Haji Nasir Khan Yahaya
Pengurus Besar Bahagian Sekretariat Halim Haji Ibrahim
Pengurus Mohd Zakuan Azmi
Penolong Pengarang Nor Azah Abd. Aziz Wan Adlina Wan Ab. Aziz
Pereka Grafik Faizatulliza Mohd. Nor
Pemberita / Jurugambar Rahmat Mohd. Did Aizal Azizan Sajari Pruf Dan Rekaletak Haji Anuar Ismail Datin Hajah Fauziah Zainal
Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Sekretariat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com
Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd.
Julai 2018 PELANCAR
1
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease