Wadah PELANCAR Edisi Julai 2018

Oleh : NOR AZAH ABD AZIZ

DITAWAR SERTAI RANGKAIAN COOP FARMASI Koperasi Farmasi Muslim Negeri Sembilan Berhad

Farmasi Medic Alchemy Sdn. Bhd. merupakan salah sebuah outlet yang terletak di Seremban 2, Negeri Sembilan dan merupakan sebuah farmasi di bawah naungan Koperasi Farmasi Muslim Negeri Sembilan Berhad. Outlet farmasi itu dimiliki oleh Pengerusi koperasi, Encik Anas Kamaruzzaman dan merupakan sebuah koperasi yang dimiliki kaum keluarganya. Farmasi tersebut mempunyai dua orang kakitangan dan beroperasi dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari. Koperasi Farmasi Muslim Negeri Sembilan Berhad didaftarkan pada 24 November 2017, dengan keahlian seramai 38 orang. Idea penubuhan koperasi tersebut diperoleh setelah mendapat ilham daripada kejayaan Koperasi Farmasi Muslim Negeri Selangor Berhad. Ia ditubuhkan hasil daripada program penubuhan Koperasi Farmasi yang dijalankan pada awal tahun 2017 dan dianggotai oleh pemilik-pemilik farmasi Muslim di seluruh Negeri Sembilan. Kunjungan ANGKASA yang diketuai Timbalan Presiden ANGKASA, Haji Mutadho Bahri ke Farmasi Medic Alchemy Sdn Bhd baru-baru ini telah banyak membantu dalam memberi gambaran secara lebih jelas tentang kaedah pengurusan yang lebih berkesan selain potensi-potensi yang wujud dalam usaha untuk meneroka pasaran perniagaan farmasi oleh koperasi.

» Suasana di ruang niaga Koperasi Farmasi Muslim Negeri Sembilan Berhad.

30 PELANCAR Julai 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease