Wadah PELANCAR Edisi Julai 2018

Anggota koperasi adalah daripada kalangan ahli farmasi, pasangan dan pembantu ahli farmasi daripada 15 buah farmasi yang mendaftar, sektor awam dan swasta. Tujuan jaringan CoopFarmasi ditubuhkan adalah untuk menyatukan ahli farmasi Muslim dan kebanyakan farmasi Muslim adalah Independent Pharmacy iaitu ditubuhkan atas syarikat masing-masing ataupun swasta. Di pihak farmasi kerajaan pula, suara ahli farmasi masih kurang diambil perhatian, terutama dari segi gaji dan elaun. Koperasi kini menjadi pengedar sarung tangan iaitu Latex Gloves, ke semua premis farmasi milik anggotanya, selain menjadi pengedar ke seluruh jaringan CoopFarmasi di seluruh Malaysia. Kebanyakan produk dijual dengan harga yang berpatutan. Koperasi Farmasi Muslim Negeri Sembilan Berhad juga merancang untuk mewujudkan kad keahlian CoopFarmasi. menerusinya, pemegang kad akan menerima faedah diskaun di semua jaringan CoopFarmasi di seluruh Malaysia. Melalui sistem keahlian CoopFarmasi, pelanggan dapat melihat status pembelian dan kesihatan terkini secara atas talian. Koperasi juga berhasrat menambahkan lagi jaringan CoopFarmasi, di mana pihak koperasi akan terus mempromosikan keahlian koperasi. Pada masa yang sama, pihak koperasi bersedia memberi bimbingan kepada koperasi yang berminat untuk membuka farmasi. Turut sama dalam kujungan tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Sembilan, Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah ; Pengurus Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan ANGKASA, Encik Jamar Mat Ali serta Penolong Pengurus Unit Kesihatan, Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan, Encik Hasrol Amri Abu Yazid.

» Bergambar di hadapan Farmasi Medic Alchemy Sdn. Bhd. milik Koperasi Farmasi Muslim Negeri Sembilan Berhad.

Julai 2018 PELANCAR

31

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease