Wadah PELANCAR Edisi Julai 2018

KOPERASI CEBURI BIDANG EKONOMI DIGITAL

Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

» Memotong reben simbolik Pelancaran Pavilion Gadjet Angkasa Digital Store bertempat di Plaza Low Yat, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Koperasi Yayasan Guru Malaysia Berhad, Koperasi Perkasa Berhad (KOPERKASA), Koperasi Pasaraya Berhad (KOPASAR) dengan sebuah syarikat digital iaitu Angkasa Gemilang Sdn. Bhd. dan Online Ads Guru Sdn. Bhd. bakal menyaksikan kolaborasi strategik koperasi dalam menjalankan perniagaan gajet berasaskan ekonomi digital.

Majlis menandatangani MoU tersebut disaksikan oleh Timbalan Presiden ANGKASA, Haji Mutadho Bahri dan Naib-Naib Presiden ANGKASA iaitu Dato’ Haji Kamarudin Ismail dan Haji Mohamad Azmi Omarudin. MoU berkenaan diwakili Bendahari Koperasi Yayasan Guru Malaysia Berhad iaitu Dato’ Haji Ruslan Madon; Pengerusi Ahli Lembaga KOPERKASA; Ketua Pegawai Eksekutif Angkasa Gemilang Sdn. Bhd., Michael Ang; Ahli Lembaga KOPASAR, Haji Abd. Latif Haji Abd. Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Online Ads Guru Sdn. Bhd., Dato’ Hisyamudin Supian. Dalam ucapan Timbalan Presiden ANGKASA, Haji Mutadho Bahri mewakili Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah, beliau menyanjung tinggi usaha yang dilakukan koperasi-koperasi dalam mengembangkan perniagaan ini untuk manfaat anggota-anggota koperasi. Ujarnya, bidang yang diceburi juga mempunyai prospek tinggi dan kurang diceburi koperasi dan ia selaras dengan hasrat ANGKASA yang mahu melihat sektor koperasi melibatkan diri dalam bidang perniagaan berimpak tinggi. “Kolaborasi ini akan membuka peluang koperasi- koperasi menceburi perniagaan digital melalui pembekal yang sah dengan harga yang berpatutan.

“Justeru, koperasi seharusnya menjadikan ekonomi digital sebagai peluang besar dalam meningkatkan produktiviti dan pencapaian ekonomi koperasi,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Koperasi Yayasan Guru Malaysia Berhad. KOPERKASA Berhad dan KOPASAR Berhad Dengan Angkasa Gemilang Sdn. Bhd. dan Online Ads Guru Sdn. Bhd dan Pelancaran Pavilion Gadjet Angkasa Digital Store bertempat di Plaza Low Yat, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

» MoU antara Koperasi Yayasan Guru Malaysia Berhad, Koperasi Perkasa Berhad (KOPERKASA), Koperasi Pasaraya Berhad (KOPASAR) dengan Angkasa Gemilang Sdn. Bhd. dan Online Ads Guru Sdn. Bhd.

32 PELANCAR Julai 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease