Peneraju Dalam Perniagaan Digital
Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
Koperasi Yayasan Guru Malaysia Berhad, Koperasi Perkasa Berhad dan Koperasi Pasaraya Berhad bakal berperanan sebagai “anchor” atau perintis kepada koperasi kredit dalam menjalankan perniagaan berasaskan teknologi digital.
DATO’ HAJI KAMARUDIN ISMAIL Naib Presiden ANGKASA
mengambil langkah proaktif dan lebih berdaya saing untuk menjalankan perniagaan teknologi digital ini. Menerusi kolaborasi ini, ketiga-tiga koperasi akan bertindak melantik ejen-ejen khususnya dalam kalangan koperasi kredit untuk memberi kemudahan pembiayaan kepada ahli-ahli melalui potongan gaji sebagai galakan mereka menjalankan perniagaan digital seperti aksesori komputer, aksesori telefon pintar dan sebagainya. Ini merupakan peluang terbaik buat koperasi-koperasi untuk turut
Kesungguhan tiga koperasi menjalinkan kolaborasi strategik dengan syarikat digital iaitu Angkasa Gemilang Sdn Bhd. digital dalam industri ekonomi digital ini dilihat bakal membuka peluang lebih luas kepada koperasi-koperasi lain untuk menceburkan diri dalam perniagaan berimpak tinggi. Naib Presiden ANGKASA juga merangkap Pengerusi Koperasi Yayasan Guru Malaysia Berhad, Dato’ Haji Kamarudin Ismail menaruh keyakinan supaya koperasi-koperasi kredit
sama bersaing dalam bidang perniagaan berimpak tinggi dan sudah tiba masanya koperasi mengubah perniagaan bersifat konvesional kepada berasaskan ekonomi digital yang banyak mempengaruhi kehidupan masyarakat pada masa kini serta menjadikan gajet sebagai satu kemestian. Menariknya, kolaborasi dan kerjasama ini mampu menarik minat sejumlah kira-kira lapan juta ahli koperasi ANGKASA untuk menikmati pelbagai barangan digital yang diniagakan di premis Angkasa Digital Store milik Angkasa Gemilang Sdn. Bhd. ini menerusi penggunaan kad kesetiaan ahli koperasi ( loyalty card ).
» Haji Mutadho Bahri (kanan) dan Dato’ Haji Kamarudin Ismail bergambar di hadapan Angkasa Digital Store
33 Julai 2018 PELANCAR 33 PELANCAR
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease