Bagi mencapai Dasar Koperasi Negara dan dalam usaha memartabatkan gerakan koperasi Negara, ANGKASA terus berusaha untuk membimbing, meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan, memperjuangkan hak koperasi serta meluaskan peluang pemasaran hingga ke peringkat global. Coop Qurban diadakan dengan matlamat, merancang aktiviti korban secara berkesan, selain menyertai ibadah itu
» Gimik pelancaran Coop Qurban yang disempurnakan oleh Naib Presiden ANGKASA Haji Mohamad Azmi Omaruddin.
Industri Asas Tani ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail berkata, adalah menjadi harapan ANGKASA agar program itu dapat memberi impak kepada penggabungan modal selain membawa koperasi ke arah menjalankan perniagaan berskala besar. Ia juga dapat mengurangkan kebergantungan kepada penglibatan orang tengah, pengagihan kekayaan yang tidak seimbang selain dapat bersama- sama merasai manfaat secara lebih konsisten dan besar daripada sektor pertanian. Ujarnya, koperasi boleh berperanan sebagai penggerak utama dalam memartabatkan agenda pembangunan pertanian negara sekiranya diberi ruang untuk bersaing secara sihat, memberi peluang menyelesaikan masalah yang berkait dengan pertanian, menjadi model terancang dalam membangunkan aktiviti pertanian koperasi secara berkelompok dan berpeluang mendapat pembiayaan yang sewajarnya daripada institusi kewangan yang diiktiraf termasuk daripada KOPSYA. Seramai 120 koperator dari koperasi kariah masjid di serata negeri hadir ke majlis tersebut. Turut hadir ialah Naib-Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato’ Kamarudin Ismail, Haji Mohamad Azmi Omaruddin dan Dr. Mohd Azlan Yahya; Pengerusi JAD, Dr Ainuddin Bahari; Pengerusi- Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya.
secara terancang melalui koperasi kariah masjid dan koperasi komuniti, mendapat kemudahan tabungan korban secara ansuran melalui potongan gaji ANGKASA dan agihan daging korban secara terancang demi kebajikan masyarakat Islam. Program tersebut juga memberi peluang kepada koperasi untuk melibatkan diri di peringkat huluan dan hiliran terhadap projek ternakan lembu pedaging serta makanan ternakan secara bersepadu. Bagi mencapai matlamat tersebut, dua buah koperasi iaitu Koperasi Keluarga Tok Keteh Temerloh Berhad dan Koperasi Permodalan Sahabat Terengganu Berhad telah dilantik sebagai mentor untuk menjalankan aktiviti pertanian, selaras dengan pelaksanaan program Coop Qurban 2018. Dua koperasi mentor itu bertanggungjawab membangunkan ternakan lembu pedaging dan tanaman makanan ternakan iaitu jagung bijan. Dato’ Abdul Fattah berharap, Program Coop Qurban 2018 dapat memberi manfaat kepada semua anggota dan koperasi yang terlibat melaksanakan aktiviti korban bersesuaian dengan tema “Ibadah Bersama Manfaat Semua”. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program tersebut yang berlangsung di Auditorium ANGKASA di Kelana Jaya. Pada majlis penutupan program, Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bahagian Pembangunan Perladangan, Pertanian dan
Julai 2018 PELANCAR
37
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease