Sektor Pembangunan Hartanah
REIT : CABARAN BARU KOPERASI DALAM PELABURAN HARTANAH
» Gambar Hiasan
Oleh : ROSLI HASSAN Sektor Pembangunan Hartanah ANGKASA
REIT merupakan pelaburan hartanah dalam bentuk unit amanah yang dikumpul dari pelabur dan dilaburkan melalui pembelian, penyewaan dan penjualan hartanah. Sejak mula diperkenalkan pada tahun 2005, REIT memberi tumpuan kepada aktiviti pelaburan unit amanah saham dan didagangkan di Bursa Saham. Menerusinya, koperasi yang melabur akan mendapat pulangan berasaskan pendapatan yang dihasilkan oleh hartanah yang dimiliki serta peningkatan nilai hartanah tersebut. Pelaburan koperasi dalam REIT jauh lebih stabil berbanding saham lain kerana kenaikan dan kejatuhan REIT tidak terlalu cepat berbanding saham. Melihat kepada nilai hartanah yang meningkat dengan mendadak dan kesukaran koperasi mendapat pinjaman dan dana daripada institusi kewangan, REIT memberi altenatif kepada koperasi untuk melabur dalam hartanah selain memiliki hartanah dalam bentuk fizikal. Koperasi boleh memiliki sebahagian saham dalam hartanah seperti hospital, pangsapuri, kediaman mewah, pasaraya, bangunan komersial, ruang pejabat atau gudang bergantung kepada apa jenis hartanah yang koperasi ingin laburkan. REIT akan membolehkan koperasi mempelbagaikan aktiviti pelaburan hartanah demi kebaikan anggota untuk perancangan jangka masa panjang. Selama ini peluang koperasi melabur dalam bidang hartanah hanya terhad kepada pembelian atau pemilikan hartanah dalam bentuk fizikal seperti tanah atau bangunan. Namun, REIT ( Real Estate Investment Trust ) atau Amanah Pelaburan Hartanah telah memberi peluang kepada koperasi untuk melabur dalam hartanah berskala besar walaupun dengan modal yang rendah.
40 PELANCAR Julai 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease