Antara kelebihan melabur dalam REIT adalah:
koperasi mempunyai peluang membuat pilihan sebelum melabur. Bagaimanapun, koperasi harus memastikan pelaburan adalah sesuai dengan pelan dan perancangan pelaburan koperasi untuk jangka panjang. Penting bagi koperasi mempelbagaikan pelaburan hartanah dalam pelbagai sektor. Ini bagi memastikan risiko pelaburan koperasi dapat dikurangkan. Amanah Hartanah Bumiputra (AHB) di bawah kendalian Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) adalah contoh REIT patuh syariah. AHB telah dua kali menerima Anugerah “Best Islamic Fund Award” oleh Asia Asset Management sebagai pengiktirafan atas kejayaan mempelopori REIT syariah. Semenjak dilancarkan pada 2010, saiz dana AHB telah berkembang dari satu bilion unit saham kepada 3.5 bilion unit. Sehingga kini PHB memiliki 17 hartanah komersial yang patut dibanggakan. Antara hartanah milik AHB adalah seperti NU Sentral, Wisma Consplant, Jaya 33, The Shore Shopping Gallery, 1Sentrum, Menara BT dan pelbagai aset lain. Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sektor Pembangunan Hartanah ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan berharap agar koperasi dapat mengambil peluang dalam pelaburan REIT. Katanya ini bagi membolehkan koperasi mempunyai lebih banyak aset dalam bentuk saham hartanah untuk pelaburan jangka panjang. Koperasi Amanah Pelaburan Berhad (KAPB), adalah contoh koperasi yang berusaha untuk aktif dalam menjalankan aktiviti REIT di negara ini. Usaha KAPB dalam mambangunkan aktiviti REIT patut dijadikan panduan koperasi lain dalam menggalakkan gerakan koperasi terlibat dalam REIT.
Modal pelaburan dalam REIT lebih rendah berbanding saham biasa. Unit REIT mudah cair dan senang ditukar dalam bentuk tunai. REIT mampu memberi pulangan dividen yang stabil. Koperasi mampu memiliki hartanah yang berskala besar. Pengurusan dana REIT diuruskan oleh pakar pelaburan. Bagi memastikan pelaburan koperasi memberi pulangan yang lumayan, ALK harus menyemak dan menilai prestasi pengurus dana yang akan mengendalikan pelaburan mereka. Pemilihan pengurus dana haruslah berdasarkan rekod prestasi dan reputasi yang cemerlang. Ini akan membantu koperasi dalam mendapat pulangan yang baik. Keupayaan pengurus dana melabur dengan betul dan bijak juga mampu memberikan pulangan yang berbaloi kepada koperasi. Sehingga September 2017, jumlah permodalan dalam pasaran REIT berjumlah RM44 bilion berbanding RM5 bilion pada 2007. Statistik ini menunjukkan peningkatan yang ketara dalam minat masyarakat dalam REIT. Peluang ini juga harus direbut agar koperasi tidak ketinggalan dalam pelaburan hartanah REIT. Peluang koperasi dalam pelaburan REIT akan membantu koperasi meningkatkan perolehan demi manfaat anggota. Selain pelaburan REIT berbentuk konvensional, koperasi juga boleh melabur dalam REIT patuh syariah. Kepelbagaian pilihan dalam pelaburan hartanah ini akan membolehkan
Julai 2018 PELANCAR
41
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease