KPF Disaran Beli Rumah Kedai - Coop City Pertemuan ANGKASA dan Koperasi Pengerang Kota Tinggi Berhad Dengan Koperasi Permodalan FELDA Berhad
» Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah menyampaikan cenderahati pada Dato’ Ab. Ghani Mohd Ali pada pertemuan baru-baru ini.
Oleh : NOR AZAH ABD AZIZ
Satu pertemuan tiga penjuru telah diadakan antara ANGKASA, Koperasi Pengerang Kota Tinggi Berhad (KOPETI) dan Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPF) di Menara FELDA, di Persiaran KLCC, Kuala Lumpur Mei lalu bagi membincangkan tentang projek Coop City selain mempelawa KPF untuk membeli unit rumah kedai yang bakal dibangunkan.
Wakil ANGKASA yang terlibat terdiri daripada Presidennya, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah diiringi Naib-Naib Presiden, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Dato’ Haji Kamarudin Ismail manakala wakil daripada KPF terdiri daripada Pengerusi KPF, Dato’ Ab. Ghani Mohd Ali serta dua orang Anggota Lembaga Koperasi (ALK) selain wakil-wakil daripada KOPETI serta beberapa pegawai pemasaran yang diketuai oleh Pengurusnya, Encik Taufik Haji Tahir. Menerusi pertemuan tersebut, pihak KPF telah diberi taklimat mengenai projek dan peluang di bandar koperasi pertama di Asia itu iaitu Coop City Bandar Penawar. Tanah Kerajaan Negeri Johor itu dibangunkan dengan konsep Coop City, yang diurus oleh koperasi (KOPETI) dan bakal ditawarkan kepada koperasi yang berminat. Terdapat beberapa fasa akan didirikan termasuk rumah kedai, rumah dan pasar raya termasuk jalinan jalan utama yang menghubungkan pasaraya, kedai pejabat, pangsapuri, rumah mampu milik, rumah teres dua tingkat dan rumah berkembar selain 30 unit kedai pejabat setinggi antara dua hingga empat tingkat.
Apa yang menarik, model perniagaan yang dicadangkan kepada koperasi adalah berteraskan konsep jual beli iaitu koperasi berpeluang membeli rumah kedai dengan harga yang paling rendah di pasaran iaitu RM890,000 termasuk yuran peguam. Namun, koperasi tersebut berupaya mengaut keuntungan yang tinggi semasa aset tersebut dijual balik. Antara sebab-sebab KPF dan koperasi lain perlu mengambil bahagian di bandar koperasi seluas lebih 60 ekar itu adalah kerana terdapatnya potensi
42 PELANCAR Julai 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease