Wadah PELANCAR Edisi Julai 2018

yang tinggi terhadap nilai hartanah di kawasan tersebut seperti pusat pelancongan terbaharu, Desa Rhu Theme Park dan perpustakaan awam yang berdekatan. Persekitaran bandar itu juga kini mengalami transformasi ekonomi yang rancak dan kini terdapat lebih 750,000 pekerja yang bekerja di Rapid Pengerang yang terletak tidak jauh daripada Coop City. Merujuk kepada plan lokasi, projek berhampiran dengan lebuh raya dan bandar koperasi hanya dua kilometer dari Johor Bahru. Pelbagai aktiviti dan perniagaan boleh dijalankan seperti mendirikan hospital, butik, kedai-kedai perabot, kereta dan sebagainya. Di samping itu juga, terdapat enam buah hotel mewah selain sebuah kelab golf terbesar dan termahal di kawasan berhampiran. Terdapat juga beberapa lot komersial seluas lima ekar dan KOPETI mencadangkan KPF supaya membeli 15 buah kedai dengan keluasan 1,800 kaki persegi. Enam unit daripadanya sahaja sudah boleh membina sebuah hospital. Sebuah pusat dialisis turut disarankan, memandangkan bangunan kedai empat tingkat disediakan dengan kemudahan lif. Menurut status terkini projek Coop City, kerja-kerja memecah tanah selesai dan fasa 1 dijangka siap menjelang tahun 2020. Pada tahun itu juga, dijangka jumlah penduduk di tanah seluas 22 ekar, mencecah sehingga 128,000 orang, dengan seramai 70,000 orang adalah pekerja dari negara luar. Sementara itu menurut Pengerusi KPF, Dato’ Ab. Ghani Mohd Ali, harga yang ditawarkan adalah kompetitif dan KPF akan mempertimbangkan perkara itu untuk kepentingan anggotanya. Katanya, paling utama, apa sahaja pelaburan yang dibuat mestilah mampu memberi pulangan sekurang-kurangnya 10 peratus kepada KPF. Terdahulu, Dato’ Abdul Fattah memberitahu, segala apa yang berlaku dalam projek ini sentiasa dipantau oleh pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Beliau berharap KPF dan koperasi lain akan mengambil

bahagian dalam membangunkan Coop City itu. Seterusnya, KOPETI akan mengadakan perbincangan lanjut dengan KPF dan 17 buah koperasi lain, bagi membantu mereka dalam membuat keputusan.

» Pengurus Koperasi Pengerang Kota Tinggi Berhad (KOPETI), Encik Taufik Haji Tahir memberi penerangan tentang projek Coop City Bandar Penawar.

Julai 2018 PELANCAR

43

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease