Wadah PELANCAR Edisi Julai 2018

ANGKASA Terajui CSR Koperasi Bantu Masyarakat Islam Kemboja Siri Kedua

Oleh : WAN ADLINA WAN AB AZIZ

» Sebahagian daripada anak-anak Kemboja yang hadir bagi mendapatkan sumbangan.

Selepas sesi pertama Program Sumbangan 1 Juta Tudung di Kemboja berjaya dilaksanakan pada 14 hingga 17 Mac 2018 lalu, ANGKASA meneruskan kesinambungan memenuhi tuntutan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menjayakan program yang sama buat kali kedua pada 29 Mei lalu. Program kali ini menyaksikan Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan mengetuai delegasi ANGKASA diiringi Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Perak, Haji Mohd Rosli Basri; Pengerusi JPAN Pahang Zon 2, Haji Mansor Ab. Rahman dan Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Komuniti, Pelancongan Dan Kesihatan (BPKPK) ANGKASA, Encik Ahmad Marzuki Ismail. Turut serta dalam rombongan tersebut ialah tujuh Pengarah Kolej Vokasional iaitu daripada Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah, Banting; Kolej Vokasional Gerik, Perak; Kolej Vokasional Taiping; Kolej Vokasional Lebuh

Catur, Ipoh; Kolej Vokasional Kuala Kuala Kangsar; Kolej Vokasional Seri Manjong dan Kolej Vokasional Ipoh. Program kali ini melibatkan penyerahan tudung, baju kurung dan telekung sembahyang kepada masyarakat Islam di tiga buah kampung di Phnom Penh, Kemboja yang dirasmikan oleh H.E Chao Tol Vice Chief Cabinet Of Prime Minister Samdech Techno Hun Sen. ANGKASA juga turut menjayakan aktiviti sampingan kepada wakil pelajar dan pelatih daripada National Technical Training Institute (NTTI) Cambodia mengenai beberapa sesi penerangan seperti Program Penubuhan Koperasi dan sesi ‘ School Cooperatives Talk ’ di Phnom Penh. Mereka juga turut diberi penerangan mengenai fungsi dan peranan ANGKASA, cara penubuhan koperasi, pengurusan koperasi dan perkembangan Koperasi Sekolah di Malaysia yang kini menjadi rujukan utama kepada banyak negara lain. Datuk Haji Mohamad Ali Hasan ketika mengulas mengenai program tersebut berkata, kesinambungan usaha yang dijalankan telah berjaya memberi impak lebih positif kepada imej dan nama baik gerakan koperasi khususnya ANGKASA sebagai badan puncak gerakan koperasi di Malaysia. Menurut beliau, keperluan masyarakat di negara Kemboja terhadap kelengkapan berorientasikan keperluan beribadah sangat tinggi dan pelaksanaan CSR koperasi dilihat amat sesuai sebagai satu bentuk inisiatif korporat berasaskan prinsip koperasi ketujuh iaitu ‘Berprihatin Terhadap Masyarakat’.

44 PELANCAR Julai 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease