Wadah PELANCAR Edisi Julai 2018

Kegagalan tadbir urus koperasi akan menimbulkan beberapa masalah dan memberi kesan kepada prestasi mereka. Koperasi menghadapi masalah penyelewengan yang menjejaskan reputasi dan menyebabkan tiada kepercayaan orang awam terhadap pengurusan koperasi (Sacchetti & Tortia, 2012). Tambahan lagi, kajian-kajian lepas telah memperlihatkan masalah dalaman yang dihadapi oleh pengurusan koperasi seperti sikap tidak peduli anggota-anggota, kegagalan berdemokrasi, salah urus, kawalan pengurusan yang lemah, kurangnya kemahiran dan skandal kewangan (Lees & Volkers, 1996; Birchall, 2004; Cornforth, 2004; Hernandez, 2006; Maslinawati et al., 2013). Isu-isu ini telah menjadi virus kepada prestasi koperasi. Walaupun kajian-kajian lalu telah menjelaskan masalah dalaman terutamanya dari segi tadbir urus yang dihadapi organisasi koperasi (Gorton & Schmid, 1999; Cornforth, 2004; Surroca, García Cestona, & Santamaria, 2006; Pozzobon & Filho, 2007; Birchall, 2014), namun masih sukar ditemui kajian yang mengenalpasti faktor-faktor yang boleh menjelaskan tadbir urus koperasi. Kajian-kajian terdahulu mengenai isu ini banyak dikaji di negara-negara maju sedangkan amat terhad literatur di negara membangun seperti Malaysia. Justeru itu, adalah dicadangkan agar satu model kajian bagi memahami faktor- faktor yang mempengaruhi prestasi tadbir urus koperasi di Malaysia. Model kajian ini boleh digunakan bagi menjelaskan isu ini pada masa hadapan. Sorotan Literatur Dan Pembangunan Hipotesis Prestasi Tadbir Urus Koperasi Tadbir urus koperasi boleh dirujuk kepada tiga kumpulan tonggak utama yang saling berkaitan iaitu pertama, anggota- anggota sebagai pemilik perniagaan; kedua, pihak pengurusan sebagai pengendali perniagaan dan ketiga, Anggota Lembaga Koperasi (ALK) sebagai pihak penasihat kepada pengurusan bagi pihak anggota-anggota agar matlamat penubuhan koperasi dapat dicapai (JPKM, 2007). Prestasi tadbir urus koperasi merupakan maklumat bukan kewangan koperasi yang menjadi satu daripada perkara yang dinilai bagi menentukan prestasi koperasi terbaik di Malaysia. Tadbir urus semasa koperasi sedang berhadapan dengan isu melibatkan kegagalan tadbir urus yang menyebabkan salah laku, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dalam kalangan pihak pengurusan dan anggota lembaga koperasi (SKM, 2014) yang merupakan isu yang subjektif yang hanya boleh dinilai sebab dan akibatnya melalui petunjuk prestasi bukan kewangan (Kaplan & Norton, 1992). Di Malaysia, tadbir urus koperasi adalah amat penting dalam menegakkan integriti organisasi dan pemeliharaan identiti koperasi (Intan Waheedah, Maslinawati, & Azizah, 2013). Walaupun begitu, isu-isu seperti kekurangan modal, kurangnya aktiviti konvesional, struktur yang lemah, ketiadaan tadbir urus korporat yang baik dan ketidakpatuhan kepada Akta Koperasi 1993 serta undang-undang berkaitan telah menghasilkan prestasi yang tidak memuaskan (Yeop Hussin, 2007). Isu-isu berkenaan tadbir urus koperasi timbul disebabkan beberapa kelemahan yang kritikal seperti sikap tidak peduli dan ketidakcekapan pengurusan oleh anggota-anggota koperasi (Azmah & Fatimah, 2008). Menurut Laporan Tahunan Koperasi

SKM (2014), masalah tadbir urus yang dialami adalah lebih kepada salah laku dalam kalangan pihak pengurusan dan anggota lembaga koperasi. Ini boleh dilihat melalui jumlah aduan yang diterima pihak SKM bagi setiap tahun. Sebagai contoh, bagi tahun 2013, sebanyak 407 aduan diterima berkaitan salah laku yang berlaku dalam koperasi (SKM, 2014). Anggota Lembaga Koperasi merupakan pihak yang penting terlibat dalam tadbir urus koperasi yang mana apa- apa kelemahan anggota lembaga koperasi akan menjejaskan pentadbiran koperasi seterusnya memberi kesan kepada prestasi koperasi secara keseluruhannya. Faktor-Faktor Penting Dalam Tadbir Urus Koperasi Kepimpinan Pengurusan Kepimpinan pengurusan merujuk kepada keupayaan pengurusan atasan koperasi iaitu ALK. Fazli, Mohd Ashari, Khairul, et al., (2004) menggariskan tiga konteks keupayaan ALK. Pertama, keupayaan dalam menyediakan hala tuju dan visi, mengiktiraf dan memupuk kebolehan individu. Kedua, keupayaan memaparkan karisma dengan melahirkan keyakinan dalam membuat keputusan, menggalakkan imaginasi dan kreatif menggunakan gerak hati. Akhir sekali ialah keupayaan menggunakan logik dan memberi inspirasi kepada pekerja bawahan supaya lebih komited bagi mencapai matlamat organisasi (Fazli, Mohd Ashari, Khairul, et al., 2004).

Budaya Organisasi

Budaya organisasi merujuk kepada amalan dalam menjalankan operasi pengendalian yang merujuk kepada nilai-nilai yang disarankan yang perlu difahami oleh organisasi (Schein, 2004). Menurut Matin, Jandaghi, Khanifar, & Heydari (2009), kebanyakan hasil kajian lepas menunjukkan bahawa faktor yang paling berkesan meningkatkan prestasi organisasi adalah budaya. Pengurusan Sumber Pengurusan sumber merujuk kepada kegiatan mengatur sumber sesebuah organisasi agar penggunaan sumber dapat dioptimumkan dan seterusnya mencapai prestasi yang lebih baik serta lebih kompetitif daripada pesaing (Mokhtar et al., 2003). Sumber-sumber boleh terdiri daripada sumber aset fizikal, manusia dan kewangan (Barney, 1991). Fokus Pekerja Pekerja merupakan aset paling berharga bagi sesebuah organisasi berbanding modal atau peralatan (Khan, Farooq, & Hussain, 2010) yang boleh membentuk reputasi dan memberikan keuntungan kepada organisasi atau sebaliknya (Elnaga & Imran, 2013). Fokus pekerja merujuk kepada sejauh mana pihak pengurusan memberi tumpuan kepada kebajikan pekerja dan kesejahteraan mereka yang mana secara tidak langsung memberi motivasi bagi mereka untuk komited kepada tugas-tugas dan tanggungjawab mereka (Mokhtar et al., 2012).

Fokus Pemegang Kepentingan

Dalam konteks ini, fokus pemegang kepentingan merujuk kepada usaha dan inisiatif koperasi dalam memenuhi

Julai 2018 PELANCAR Julai 2018

47

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease