Wadah PELANCAR Edisi Julai 2018

KOPERASI BANGUNKAN MODAL INSAN PELAJAR

Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

Koperasi adalah platform terbaik membangunkan modal insan dan membentuk jati diri pelajar di samping melatih nilai keusahawanan dan kepimpinan. Pembentukan modal insan ini berupaya membuka peluang pelajar mempraktikkan ilmu yang dipelajari ke latihan praktikal di kedai koperasi. Secara tidak langsung, pelajar boleh belajar mengurus, berniaga, berkomunikasi, amanah dan jujur dalam menjalankan perniagaan.

» Haji Mutadho Bahri (empat dari kanan) bergambar bersama pelajar terbaik, Adik Norhidayah Mohamad Noor (tiga dari kanan).

Timbalan Presiden ANGKASA, Haji Mutadho Bahri yang mewakili Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah pada Majlis Perasmian Hari Anugerah Kecemerlangan 2017 SMK Simpang Rengam berkata, koperasi merupakan tempat terbaik yang dapat memberi peluang kepada pelajar untuk menimba ilmu berkoperasi dan membentuk sahsiah diri melalui nilai-nilai murni. Katanya, koperasi sekolah di negara ini antara

yang terbaik di dunia dan menjadi contoh kepada negara-negara lain dan pencapaian ini cukup berharga. Di peringkat global, Malaysia merupakan satu-satunya negara yang mempunyai model koperasi sekolah terbaik di dunia. “Sebanyak 2,388 sekolah mempunyai koperasi. ANGKASA menyasarkan semua sekolah menubuhkan koperasi menjelang tahun 2020. Kecemerlangan Gerakan Koperasi Sekolah

50 PELANCAR Julai 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease