Wadah PELANCAR Edisi Julai 2018

awal penubuhannya pada tahun 2000 dalam usaha untuk memajukan koperasi sekolah. Menurut beliau, jumlah keuntungan bersih koperasi bagi sesi 2016/2017 adalah sebanyak RM93,238.90 berbanding RM78,798.45 bagi sesi 2015/2016. Angka tersebut menyaksikan peningkatan sebanyak RM14,440,45 (18.23 peratus) berbanding tahun kewangan sebelumnya. Katanya, keuntungan yang diperoleh koperasi tersebut adalah hasil kerjasama pelajar dan guru yang berbelanja di koperasi. Hasil jualan barangan sekolah seperti modul dan juga produk baharu iaitu perniagaan runcit secara m-mobile menjadi antara penyumbang utama kepada perolehan koperasi.

» Pelajar menunjukkan kek mini yang dijual di kedai koperasi.

» Pelajar menyediakan minuman ‘ coconut shake ’ untuk jualan.

» Kuih pau kacang, dim sum dan tart buah turut menjadi tarikan di kedai koperasi.

Selaras dengan matlamat utama penubuhan koperasi sekolah iaitu untuk mewujudkan barisan pemimpin pelapis koperasi masa depan, pelbagai program dan projek berkaitan pendidikan perniagaan dan keusahawanan serta ekonomi sentiasa dilaksanakan oleh koperasi sekolah Pendekatan tersebut dilihat berjaya membantu menjana kreativiti dan inovasi pelajar secara aktif sekaligus memberi impak positif dan faedah jangka panjang kepada pelajar yang terlibat. “Saya menyeru agar semua pelajar dapat menjadi anggota koperasi sekolah yang aktif tanpa mengabaikan nilai-nilai berdikari, bertanggungjawab, demokrasi dan sebagainya di samping memupuk nilai-nilai

beretika seperti sadik, amanah, telus serta mengambil berat terhadap orang lain dalam hidup bermasyarakat. “Walaupun koperasi menunjukkan pencapaian yang membanggakan, diharap prinsip asas kewujudan koperasi sekolah dipatuhi iaitu menjual barang-barang keperluan pelajar pada harga yang lebih murah daripada harga pasaran. “Justeru, sokongan padu ibu bapa serta warga sekolah amat diperlukan dalam merealisasikan kejayaan koperasi sekolah seterusnya boleh menempa nama baik koperasi sekolah di mata masyarakat,” katanya. Haji Mohamad berkata, Koperasi SMK Simpang Rengam Kluang Berhad kini sedang mengorak langkah lebih proaktif dengan melebarkan sayap perniagaan kedai koperasinya melalui pembinaan dua buah kiosk bagi tujuan penjualan makanan sejuk beku dan minuman yang bakal siap tahun depan.

Julai 2018 PELANCAR

53

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease