KIT SIMULASI PERNIAGAAN MIKRO UNTUK KOPERASI SEKOLAH
Oleh : NADIAH KAMARUDIN
Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah berkata, koperasi sekolah adalah platform terbaik bagi memperkenalkan permainan “ board game ” tersebut yang mempunyai elemen “didik hibur”, iaitu sebuah pendekatan pembelajaran yang bersifat santai dan menghiburkan. Menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara ANGKASA dan Koperasi Bersatu Pulau Pinang Berhad pada 8 Jun lalu, ANGKASA akan membantu mempromosikan kit simulasi tersebut kepada lebih 2,300 koperasi sekolah di seluruh negara. Katanya, selain dapat membantu menerapkan budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar, kit simulasi tersebut juga boleh dijadikan sebagai Kit Simulasi Perniagaan Mikro Jom Tuju “Usahawan Jutawan” yang direka khas oleh Koperasi Tunas Bersatu Pulau Pinang Berhad boleh dijadikan sebagai alat bantuan pendidikan kepada pelajar dalam usaha untuk lebih memahami secara lebih jelas tentang selok-belok dunia keusahawanan dan perniagaan.
» Kit Simulasi Perniagaan Mikro digunakan oleh pelajar-pelajar sekolah dan usahawan-usahawan yang menyertai sesi business coaching yang dikendalikan oleh Dr. Abdul Malik Abdul Shukor sebagai jurulatih utama.
54 PELANCAR Julai 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease