Wadah PELANCAR Edisi Julai 2018

Koperasi Kariah Surau Al-Furqan Putrajaya Berhad (KOSAF)

GIAT PELBAGAIKAN AKTIVITI EKONOMI KOPERASI Oleh : MOHD. ZAKUAN AZMI

» Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail ketika melancarkan air mineral jenama FURQAN dalam satu majlis pelancaran yang berlangsung di perkarangan Surau Al-Furqan, Presint 11, Putrajaya baru-baru ini.

Koperasi Kariah Surau Al-Furqan Putrajaya Berhad (KOSAF) sekali lagi berjaya meluaskan entiti perniagaannya apabila melancarkan air mineral dengan menggunakan jenama FURQAN melalui satu kerjasama strategik dengan Persada Dunya yang bertindak sebagai pengedar kepada air minuman tersebut.

Pelancaran tersebut juga merupakan satu inisiatif lanjutan bagi mengukuhkan lagi perolehan koperasi selain menjadi sebahagian daripada produk jualan di kedai mini milik koperasi iaitu Al-Furqan MiniMart. Pasar mini berkonsepkan kabin itu mula beroperasi sejak 4 Ogos 2016 dan kini menjual pelbagai produk runcit seperti barangan keperluan am, makanan dan minuman ringan selain kelengkapan peribadi dan sebagainya. Menurut Pengerusi koperasi, Datuk Azman Abdul Rashid sebagai permulaan, produk minuman tersebut dijangka akan memasuki pasaran seperti di stesen-

stesen minyak, kedai serbaguna dan beberapa premis terkenal di sekitar Putrajaya dan kawasan-kawasan berdekatan sebelum diedarkan ke pasaran lebih luas seperti di pasaraya-pasaraya di seluruh negara. Menurut beliau, aktiviti ekonomi KOSAF terus dipelbagaikan dari semasa ke semasa berasaskan kepada faktor permintaan dan penawaran yang bersesuaian serta dilihat mampu melonjakkan perolehan koperasi. Berasaskan kepada perkara tersebut, KOSAF telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama rakan strategiknya iaitu Persada Dunya (Pengedaran), Kolej Komuniti Ulu Langat (Latihan) dan

56 PELANCAR Julai 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease