Wadah PELANCAR Edisi Julai 2018

» Suasana di dalam Al -Furqan Minimart

Muslimin Travel & Tours Sdn. Bhd. (Pelancongan dan Umrah) iaitu anak syarikat kepada Koperasi Muslimin Berhad. Menerusi kerjasama tersebut, aktiviti perniagaan koperasi dijangka dapat dijalankan secara lebih bersepadu dan cekap mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh agensi-agensi tersebut.

KOSAF yang dianggotai jemaah surau sekitar Presint 11, Putrajaya mula direalisasikan pada 17 April 2015 dengan bersandarkan kepada matlamat utama iaitu untuk mengimarahkan pusat ibadat tersebut melalui saluran perniagaan. Perkembangan tersebut sedikit sebanyak dapat memeriahkan suasana persekitaran melalui aktiviti-aktiviti ekonomi yang dijalankan. Di perkarangan surau itu juga, KOSAF turut menyediakan ruang niaga untuk disewakan kepada anggota koperasi yang berminat seperti kabin mini dan lot-lot jualan seperti burger dan makanan bergoreng.

» Air mineral edaran koperasi yang menggunakan jenama FURQAN

RALAT

Majalah PELANCAR Jun 2018 di muka surat 10, Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA (PKTA) Ke-33 adalah dipengerusikan oleh Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik dengan dibantu oleh Naib Pengerusi, Datuk Haji Haron Haji Abdullah (gambar) dan bukannya Haji Abu Bakar Mohamad.

Julai 2018 PELANCAR

57

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease